KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru orang ramai dan anggota tentera daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara selain tidak memandang enteng keamanan dan kestabilan yang dikecapi kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang masih muda.
Beliau berkata semangat dan kerjasama sedia ada dalam kalangan rakyat merupakan benteng kukuh yang akan terus memelihara Malaysia daripada sebarang ancaman.
Katanya komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan dan wilayah negara tidak boleh disangkal namun usaha ini bukan bergantung kepada pasukan keselamatan semata-mata malah menuntut tanggungjawab semua pihak.
Mohamad berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pertahanan 2023 di Dataran Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
Beliau berkata:"Pertahanan adalah tanggungjawab bersama yang menuntut penglibatan keseluruhan masyarakat. Penglibatan rakyat adalah penting bagi mencapai Pertahanan Komprehensif dan mendukung iltizam Kertas Putih Pertahanan.
Mohamad berkata kolaborasi antara rakyat dan ATM mencerminkan pendekatan keseluruhan negara bagi memperkukuh pertahanan Malaysia, sejajar tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia "Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" yang menyeru semua pihak untuk terus bersatu bagi menghadapi cabaran masa depan.
"Tema ini melambangkan semangat kebersamaan dalam membangun negara yang lebih teguh, makmur dan aman. Dalam konteks pertahanan negara, tema ini menekankan prinsip yang amat penting (iaitu perpaduan).
Perpaduan merupakan salah satu nilai teras pertahanan dan keselamatan negara, yang perlu dipelihara, dikekalkan dan diperkukuhkan, bagi menjamin kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, aman dan sejahtera," katanya.
Beliau berkata di Kementerian Pertahanan pula, pihaknya sentiasa komited dalam memastikan ATM dilengkapi dengan peralatan dan teknologi terkini serta diperkasakan melalui latihan yang cekap, agar dapat menghadapi sebarang ancaman dengan berkesan.
"Namun, saya yakin bahawa kekuatan pertahanan kita, bergantung bukan sahaja pada sumber dan aset-aset sedia ada, tetapi juga kepada kesungguhan dan tekad seluruh warga negara, untuk memastikan Malaysia terus kekal aman dan stabil," katanya.
Mohamad berkata dalam senario kepelbagaian etnik di Malaysia, umum mengetahui kepelbagaian kisah kejayaan yang menceriakan dengan setiap etnik dan budaya membawa sumbangan yang unik kepada pembangunan negara.
Katanya, semangat perpaduan rakyat negara ini telah membentuk masyarakat yang inklusif yang mana setiap warganegaranya merasai kepentingan diri masing-masing dalam membentuk masa depan yang lebih baik.
"Kita mesti sentiasa mendengar suara rakyat, serta memberi peluang kepada kerajaan untuk mentadbir dengan berkesan dan bertanggungjawab. Yang paling penting, kita mesti terus menjunjung nilai dan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia," katanya.
Hari ini, Mohamad menyempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan 2023 di Dataran Wisma Pertahanan yang disertai seramai 500 orang warga Kementerian Pertahanan termasuk kakitangan awam dan ATM.
Acara simbolik penyerahan Jalur Gemilang juga turut disempurnakan oleh Menteri Pertahanan kepada Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Shahrazat Ahmad mewakili Kementerian Pertahanan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob yang mewakili seluruh warga ATM.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya pameran reruai oleh Bahagian dan Perkhidmatan ATM yang berkonsepkan Monumen Arca Menara Jam Sultan Abdul Samad yang berlatarbelakangkan panorama bangunan ikonik Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

Mohamad berkata semangat dalam kalangan rakyat merupakan benteng kukuh yang akan terus memelihara Malaysia daripada sebarang ancaman. - Gambar fail/Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan
Kerajaan merancang mengeluarkan kalendar khusus yang memperingati tarikh berlakunya pelbagai peristiwa penting yang memberi impak terhadap pembentukan negara pada tahun hadapan.

Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.

Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
![[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan [KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725273067_AnwarIbrahimMajli.jpg)
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.

Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.

Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.

Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste

Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.

Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.

Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.