Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah percaya dengan fitnah dan berita tidak sahih, khususnya di media sosial yang cuba mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman hubungan sesama kaum di negara ini.
Baginda bertitah, setiap rakyat harus mempunyai tanggungjawab bagi mengelakkan tercetusnya sebarang bentuk pertelagahan dan perpecahan, berpunca daripada anasir negatif yang sengaja diprovokosi pihak tertentu, bertujuan mencemar perpaduan negara yang telah dibina selama ini.
"Amalkanlah sikap toleransi dan berusaha untuk saling memahami serta meraikan perbezaan adat, budaya dan agama, supaya kita dapat terus hidup dalam suasana merdeka, dalam erti kata sebenar.
"Beta doakan agar Malaysia sentiasa dirahmati dengan keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan," titah baginda dalam kenyataan rasmi di laman sosial Facebook rasmi Royal Selangor Office hari ini.
Sultan Selangor bertitah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 hari ini.
Sultan Selangor turut berharap sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, akan terus menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat, serta mampu menyemai rasa cinta dan sayang kepada negara dalam jiwa semua kaum dan bangsa di Malaysia.
Baginda bertitah, semangat patriotisme juga harus dizahirkan dalam bentuk perpaduan yang jitu dan keharmonian yang utuh, demi mengekalkan kemakmuran ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.
"Syukur kepada Allah, Malaysia hari ini menyambut Hari Kebangsaan untuk kali ke-62, dalam suasana yang harmoni dan aman sentosa.
"Di kesempatan ini, Beta dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-62 kepada seluruh rakyat Malaysia," titah baginda. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 31 2019
Sultan Sharafuddin Idris Shah ingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah percaya dengan fitnah dan berita tidak sahih, khususnya di media sosial. - Gambar BERNAMA
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Berita tidak sahih berisiko gugat kredibiliti media arus perdana - Pensyarah kewartawanan
Kewujudan pelbagai portal berita di media sosial dengan liputan yang semakin meluas menyebabkan usaha menangani berita tidak sahih semakin mencabar dan berisiko menggugat kedudukan media arus perdana.
MCMC minta kerjasama orang ramai lapor penyebaran berita palsu
Orang ramai diminta memainkan peranan dengan melaporkan tentang berita palsu dan mengelirukan yang disebarkan di media sosial atau SMS kepada MCMC terutama ketika wabak COVID-19 melanda negara.
COVID-19: 26 kertas siasatan berita palsu dibuka - Bukit Aman
Tiga laporan kes baharu yang diterima pihaknya ialah di Kuching dan Miri di Sarawak serta satu kes di Temerloh, Pahang.
Henti sebar berita tidak sahih 2019-nCoV atau berhadapan tindakan undang-undang - KPN
Perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) boleh mengundang rasa panik dan takut dalam kalangan rakyat.
Polis siasat lima kes berita palsu berkaitan koronavirus
Antara kenyataan palsu di Facebook melibatkan akaun bernama Mr Kong Tuck Wah, Ibu Yati, Roti Sardeen dan Gabungan Anak Terengganu.
Jangan percaya fitnah yang gugat keamanan negara - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah percaya dengan fitnah dan berita tidak sahih khususnya di media sosial.
Rakyat juga harus main peranan pelihara keselamatan - Najib
Antara langkah paling mudah untuk dilaksanakan adalah dengan tidak menyebarkan berita palsu atau tidak sahih yang boleh menimbulkan rasa tidak senang dan ketakutan kepada orang ramai, kata Najib.