Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) bukan satu bentuk penghinaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau yang juga Ketua Kluster Sosial MPI berkata Haron adalah tokoh paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting MPI itu dan menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan pelantikan tersebut.
Katanya pelantikan itu adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada Haron yang akan memperinci segala pandangan dan cadangan berkaitan hal ehwal dakwah Islamiah sebelum diangkat bagi dibincang dan diputuskan oleh MPI.
"Hakikatnya, ramai mengenali dan menghormati Dr Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding tokoh politik, lama sebelum beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.
"Bahkan sehingga hari ini kawan mahupun lawan yg berbeza fahaman politik pun tetap merujuk buah fikiran beliau dalam hal-hal berkaitan dakwah," kata Asyraf Wajdi dalam laman Facebooknya, pada Sabtu.
Beliau berkata agenda dakwah Islamiah seharusnya diangkat sebagai agenda ummah dan merentasi ideologi politik kepartian yang rigid dan sempit.
"Sesekali alangkah molek untuk kita melihat sesuatu dalam kerangka yang lebih besar berbanding cuba menafsirkan setiap perkara daripada kaca mata politik yang memecah-belahkan," tegasnya.
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, pelantikan Haron dalam MPI oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada dua hari lepas merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.
Bernama
Sat Feb 13 2016
![Jangan politikkan pelantikan Haron Din dalam MPI - Asyraf Wajdi Jangan politikkan pelantikan Haron Din dalam MPI - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455376749_HaronDin.jpg)
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar) adalah tokoh paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting MPI, kata Asyraf Wajdi. -Gambar fail
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
![Pemuda UMNO akan saman Syed Saddiq - Asyraf Wajdi Pemuda UMNO akan saman Syed Saddiq - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81575524653_TBPUMNO.jpg)
Pemuda UMNO akan saman Syed Saddiq - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO akan memulakan prosedur saman terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menuduh UMNO terbabit dalam kejadian serangan sekumpulan individu di Ulu Tiram, Johor malam tadi.
![Penutupan KSCIP jejas hubungan Malaysia-Saudi - Asyraf Wajdi Penutupan KSCIP jejas hubungan Malaysia-Saudi - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513874139_AsyrafWajdi.jpg)
Penutupan KSCIP jejas hubungan Malaysia-Saudi - Asyraf Wajdi
Keputusan yang dibuat secara unilateral tanpa perbincangan dua hala dengan kerajaan Arab Saudi itu dibimbangi boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin.
![Rakyat pelbagai kaum diseru bersama PM Najib pertahan Palestin Rakyat pelbagai kaum diseru bersama PM Najib pertahan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61512393402_AsyrafWajdi.jpg)
Rakyat pelbagai kaum diseru bersama PM Najib pertahan Palestin
Rakyat pelbagai kaum dan agama perlu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perhimpunan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin di Masjid Putra, Putrajaya Jumaat depan.
![Bersangka baik sesama Islam - Asyraf Wajdi Bersangka baik sesama Islam - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51449589042_datukdrasyrafwajd.jpg)
Bersangka baik sesama Islam - Asyraf Wajdi
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kasih sayang sesama Islam adalah antara akhlak Rasulullah SAW yang paling penting yang perlu dijiwai oleh umat Islam.
![Jangan politikkan pelantikan Haron Din dalam MPI - Asyraf Wajdi Jangan politikkan pelantikan Haron Din dalam MPI - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455376749_HaronDin.jpg)
Jangan politikkan pelantikan Haron Din dalam MPI - Asyraf Wajdi
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din adalah tokoh paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting MPI.
![Sistem kewangan Islam dipelopori UMNO bela ekonomi orang Melayu - Asyraf Wajdi Sistem kewangan Islam dipelopori UMNO bela ekonomi orang Melayu - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51449589042_datukdrasyrafwajd.jpg)
Sistem kewangan Islam dipelopori UMNO bela ekonomi orang Melayu - Asyraf Wajdi
Sistem kewangan Islam bersifat menyeluruh melibatkan pelbagai komponen bagi membantu semua kelompok masyarakat, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
![Muhyiddin: MT UMNO individual terbukti cemerlang Muhyiddin: MT UMNO individual terbukti cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/81356595442_295x200.jpg)
Muhyiddin: MT UMNO individual terbukti cemerlang
Mereka yang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO merupakan individu yang telah terbukti cemerlang dalam bidang diceburi dan mempunyai latar belakang yang baik.