Pengendali pusat tahfiz dinasihatkan agar tidak berasa sangsi dengan kejujuran kerajaan pusat dalam usaha membantu menambah baik ciri-ciri keselamatan yang ada di tempat mereka demi memastikan keselamatan pelajarnya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini lebih kurang 100 pusat tahfiz tidak berdaftar digugurkan daripada senarai baik pulih pendawaian elektrik oleh pelajar GiatMARA, dan satu daripada sebabnya adalah enggan membenarkan pemeriksaan dilakukan kerana berbeza fahaman politik.
Bagaimanapun, katanya, ada pusat tahfiz yang tidak memerlukan penambahbaikan kerana sudah berada dalam keadaan yang baik atau tidak beroperasi lagi.
"Ada pusat tahfiz yang tidak benarkan kita masuk kerana mungkin fahaman politik berbeza... jadi saya harap yang mana belum benarkan, berilah kebenaran, jangan bimbang, kita tidak ada isu bermain politik dalam hal ini.
"Yang penting, kita hendak anak-anak belajar di pusat tahfiz yang lebih selamat... perdana menteri sangat sensitif dengan apa yang berlaku dan kita tidak mahu lagi berlaku kejadian seperti kebakaran," katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di Maahad Tahfiz Al-Hikmah Lilbanat dekat sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, setakat ini 442 daripada 721 pusat tahfiz tidak berdaftar di seluruh negara yang dikategorikan sebagai kritikal dalam aspek pendawaian, selesai dibaik pulih.
Katanya, setelah kerja menambah baik aspek keselamatan pusat tahfiz tidak berdaftar siap sepenuhnya awal Mac ini, ia akan diteruskan kepada 612 pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara dan keseluruhan proses itu dijangka siap selewatnya Mei ini.
Beliau berkata untuk fasa seterusnya, pihaknya juga akan melihat perkara-perkara lain melibatkan ciri keselamatan, misalnya keperluan membina tangga sisi di luar untuk bangunan dua tingkat.
"Tumpuan diberikan kepada pusat yang tidak berdaftar dahulu kerana kebanyakan bangunan mereka dibina sendiri dan memang tiada ciri keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2018

Ismail Sabri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man beramah mesra dengan pelajar Maahad Tahfiz al-Hikmah Lilbanat di Kampung Salang hari ini. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Lebih 674,000 OKU berdaftar dengan JKM
Jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar sehingga 2022 adalah sebanyak 674,548 orang iaitu dua peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Proses pemutihan tahfiz bukti isu keselamatan tidak boleh dikompromi
Ibu bapa juga diingatkan tidak merisikokan nyawa anak-anak mereka dengan menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz.

Bidan, pengamal penjagaan ibu lepas bersalin perlu berdaftar - LPPKN
Rencana ini adalah mengenai keperluan menjadikan pusat penjagaan ibu selepas bersalin menjadi lebih selamat untuk ibu dan bayi.

600,000 individu OKU telah berdaftar di seluruh negara - Ras Adiba
Terdapat kira-kira 600,000 individu yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendaftar dengan agensi kerajaan berkaitan setakat ini.

Lebih 20,000 pelarian di Malaysia belum berdaftar dengan UNHCR
Beberapa buah negara telah menyatakan kesediaan untuk membiayai kos imunisasi ini kepada pemegang kad UNHCR.

Tekun Nasional akan lancar Mobilepreneur 2.0 untuk rider penghantaran
Wan Junaidi berkata pemohon perlu berdaftar dengan syarikat e-hailing dan melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

Perak negeri pertama tubuh sekretariat anak negeri di United Kingdom
Khairol Najib berkata kewujudan persatuan berkenaan akan dapat membantu misi EM London memain peranan besar terutamanya sebagai pemudah cara dalam hal ehwal pelajar di Eropah.

150 NGO berdaftar di bawah Nadma bantu mangsa banjir
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pascabencana) Nadma, Mohamed Zahari Razali berkata setakat hari ini, terdapat 150 NGO berdaftar di bawah Nadma sejak penubuhannya pada 2014.

Tidak semua pelarian Rohingya di Melaka berdaftar dengan UNHCR
Majlis Rohingya Malaysia (MRM) Melaka kini membantu mengumpul maklumat setiap pelarian Rohingya agar mereka berdaftar dengan UNCHR.

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak
Ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangungjawab menjaga anak yang bermasalah kepada pihak lain.