BAYAN LEPAS: Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, di Bayan Lepas selepas solat Jumaat esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, perhimpunan itu dirancang oleh beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertujuan mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) supaya membenarkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan saf yang rapat.
Jafri berkata, mereka yang menyertai perhimpunan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Ia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara berkaitan aktiviti jemaah masjid semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
Mengulas lanjut Jafri berkata, ahli jawatankuasa masjid dan Pejabat Agama Islam Barat Daya juga sudah mengesahkan tidak memberi sebarang kebenaran bagi penganjuran perhimpunan itu.
"Polis ingin maklumkan bahawa tiada sebarang kebenaran diberi kepada mana-mana individu atau NGO berkumpul kerana ia melanggar peraturan dalam tempoh PPN Fasa 4," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan) (Pindaan) (No 11) 2021 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 44 saat di laman sosial yang meminta orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu bagi mendesak KKM dan JHEAIPP supaya membenarkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan saf yang rapat.
Menerusi video berkenaan, seorang individu yang mendakwa mewakili NGO, meminta orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu mengikut SOP yang ditetapkan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Dec 09 2021
Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, di Bayan Lepas selepas solat Jumaat esok.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-8, berkuat kuasa mulai Khamis minggu lalu lepas.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua Kementerian mula hari ini
Kerajaan memulakan inisiatif 'Pusingan Kerja Petugas Kaunter' melibatkan semua kementerian serta jabatan di bawah kementerian masing-masing bermula hari ini.
[TERKINI] Muhyiddin kekal pengakuan tak bersalah sebut kata hasut
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebut kata-kata berunsur hasutan semasa kempen PRK DUN Nenggiri, Kelantan, pada Ogos tahun lepas.
Malaysia ambil pendirian bebas, kekal jaringan dengan semua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia dan rakan-rakan ASEAN harus mengambil pendirian yang bukan sahaja bebas, tetapi juga memastikan kepentingan ekonomi negara terpelihara di tengah-tengah perubahan landskap ekonomi global.
Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang berlangsung pada 6 Okt hingga 4 Dis lepas
Beberapa perkhidmatan BSN akan tergendala pada 9 Feb untuk penyelenggaraan
Ia dikatakan berlaku disebabkan aktiviti penyelenggaraan berjadual bagi memastikan perkhidmatan yang selesa untuk para pelanggan.
Titah Agong peringatan bermakna kepada semua Ahli Parlimen - Speaker
Semua Ahli Parlimen perlu terus mengamalkan budaya politik yang matang, beretika dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka, sebagaimana dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.
Jangan sertai perhimpunan di masjid Jumaat ini - Polis P. Pinang
Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, di Bayan lepas selepas solat Jumaat esok.