KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan rentak Pakatan Harapan (PH) yang terburu-buru mahu segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan IPCMC itu seolah-olah menggambarkan bahawa hanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja badan penguat kuasa yang perlu diberikan perhatian dalam isu berkenaan.
Jelasnya, kerajaan seharusnya menggubal cadangan baharu yang lebih baik serta menyeluruh selain menumpukan semua agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Kelemahan bukan sahaja pada PDRM tetapi agensi penguatkuasaan lain juga dilihat oleh rakyat secara keseluruhan. Mari menggubal undang-undang yang lebih menyeluruh kepada semua agensi penguatkuasaan. Jangan lemahkan semangat anggota PDRM kita.
"Badan kehakiman, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Parlimen harus dipertanggungjawabkan selaku penyelia dan anggota secara giliran kepada IPCC untuk badan-badan penguatkuasaan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Kartel PDRM: Segerakan RUU IPCC, jangan tangguh - Suhakam
BACA: Wujudkan IPCMC segera untuk tangani salah guna kuasa polis - SUARAM
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, IPCC tidak akan menjadi set undang-undang yang berjaya tanpa pandangan, sokongan dan penyertaan pasukan polis
Beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya hanya menumpukan kepada RUU IPCC semata-mata tanpa mengambil kira ratusan lagi saranan, khusus untuk penambahbaikan operasi dan tata kelola sistem kepolisan yang diusulkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Tun Mohammad Dzaiddin Abdullah pada 2005.
Dalam pada itu Bastien berkata, pengurusan tertinggi PDRM yang diketuai oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani harus diberi peluang untuk menyatakan pendirian mereka terhadap penubuhan IPCC.
"Beberapa penambahbaikan yang perlu disegerakan seperti perumahan polis, naik taraf balai, gaji yang rendah, elaun kenderaan pasukan dan kebajikan harus diambil kira terdahulu sebelum melaksanakan RUU IPCC.
"Selain RUU, taraf hidup rendah yang serba kekurangan perlu diatasi terdahulu jika kita berhasrat untuk mengharapkan disiplin, tatakerja dan prestasi PDRM dapat dipertingkatkan.
"Mereka ini merupakan golongan yang terdedah dengan pelbagai hal dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga harta benda, kekayaan, keselamatan rakyat dan negara tetapi tidak dilengkapi dengan peralatan dan kehidupan yang baik," ujarnya.
Bastien turut menyarankan pihak berkenaan untuk mengadakan lawatan ke balai polis yang serba kekurangan.
"Lawatilah balai-balai yang keadaannya serba kekurangan. Mereka juga tidak bersemangat hendak bekerja dan ditekan lagi anggota-anggota ini dengan penubuhan satu badan untuk mencari kesalahan PDRM.
"Saya hendak beritahu kepada Kementerian Kewangan bahawa perlunya PDRM dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi dan lengkap supaya keberkesanan kerja mereka dapat dipertingkatkan dan memberi keyakinan kepada rakyat," tegasnya.
Terdahulu, Bastien menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkenaan penambahbaikan PDRM yang melibatkan implikasi kewangan serta perhatian Kementerian Kewangan.
Tiga perkara yang terkandung di dalam memorandum berkenaan melibatkan penambahan bajet kepada balai bagi meningkatkan keupayaan perkhidmatan, imbuhan khas kepada anggota yang menolak rasuah serta bajet khas kepada anak-anak anggota PDRM yang diterima masuk ke universiti ternama tempatan.
Astro Awani
Wed Sep 29 2021

Bastien Onn (kanan) menyerahkan memorandum kepada Mohd Shahar Abdullah berkenaan penambahbaikkan PDRM di Bank Negara pada Rabu. - Foto Astro AWANI

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilihat hadir lebih awal berbanding pemimpin parti lain apabila sempat memuat naik gambar sedang berjoging di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.

Saya akan hadir beri sokongan moral kepada Najib - Akmal Saleh
Pemuda UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagai ahli parti, beliau akur dan menghormayi yang yang dinyatakan oleh parti.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.

Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
![[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya [KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691812118_PilihanrayaHariMe.jpg)
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.

Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.

PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.

Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.

Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.