SEREMBAN: Jangkitan baharu HIV atau AIDS di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 70 peratus dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.
Beliau berkata, rawatan ubat antiretroviral (ARV) kepada orang yang hidup dengan HIV (ODHA) telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas berbanding 28 peratus pada 2015.
"Kadar penurunan kes HIV dan peningkatan liputan rawatan ini masih belum mencukupi untuk negara membendung AIDS sehingga ia tidak lagi menjadi isu kesihatan awam menjelang 2030.
"Ketidaksamaan masih menjadi penghalang kepada usaha ini. Justeru, dalam memastikan kesaksamaan dicapai, ketersediaan, kualiti dan kesesuaian perkhidmatan rawatan, ujian dan pencegahan HIV mesti dipertingkatkan," katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 bertemakan 'Equalize: Kesaksamaan untuk kesihatan bagi mengakhiri AIDS', di sini, hari ini.
Dr Norhayati berkata, uji dan rawat HIV terus diperkukuh dan dipertingkatkan dengan memperkenalkan saringan HIV kendiri untuk menarik lebih ramai kalangan populasi kunci dan pasangan menjalani saringan dan seterusnya rawatan.
Beliau berkata, perkhidmatan Differentiated HIV Services for Key Populations (DHSKP) Model KK 2.0 yang dilaksanakan di 31 klinik kesihatan dengan kerjasama pintar kerajaan dan badan bukan kerajaan (GONGO) akan diperluas bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan.
"Konsep U=U atau 'Undetectable = Untransmittable' adalah konsep penting dan terbukti berkesan dalam mengekang jangkitan HIV. ODHA yang mengambil ubat ARV mengikut jadual ditetapkan, boleh hidup seperti individu normal (tanpa HIV) kerana virus tidak lagi dikesan dan secara amnya tidak boleh menjangkiti individu lain," katanya.
Menurut Dr Norhayati, bagi pasangan kepada ODHA, rawatan Rawatan PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) akan dimulakan di klinik kesihatan pada 2023.
Katanya, rawatan PrEP berkemampuan untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV melalui seks sebanyak kira-kira 99 peratus apabila diambil mengikut preskripsi yang ditetapkan.
Selain itu, program Pengurangan Stigma dan Diskriminasi melalui Pendekatan Peningkatan Kualiti yang dijalankan di fasiliti kesihatan turut berjaya mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap ODHA dalam kalangan kakitangan kesihatan.
Jelasnya, program itu diperluas di 55 fasiliti kesihatan di seluruh negara dan dijangka diperluas ke semua fasiliti kesihatan pada masa akan datang.
Beliau berkata, kerajaan akan terus menerajui kepimpinan dan memberikan komitmen penuh dalam agenda negara menangani HIV dan merealisasikan kesaksamaan ke arah matlamat mengakhiri AIDS menjelang 2030.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Dr Dinesh Mahalingam berkata, transmisi HIV secara seksual dalam kalangan golongan belia berumur 13-39 tahun membimbangkan berdasarkan peningkatan 80 peratus bagi golongan itu.
Beliau berkata, strategi khusus perlu dirancang bagi menangani permasalahan tersebut serta usaha berterusan dalam meningkatkan peratusan ARV dalam kalangan pesakit, sehingga tahun lepas hanya mencapai 66 peratus mengikut 'HIV Testing and Treatment Cascade'.
Menurut Dr Dinesh, sekurang-kurangnya pelaburan RM10 juta hingga RM12 juta setahun diperlukan melalui mekanisme dana domestik yang sedia ada untuk merancakkan penggemblengan tenaga di peringkat akar umbi dan dapat memberikan hasil secara jangka panjang.
Katanya, MAM sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kesaksamaan dan nilai-nilai kemanusiaan bahawa setiap individu tanpa mengira bangsa, kepercayaan, gender, seksualiti dan taraf sosioekonomi berhak untuk hidup sihat dan bebas daripada ancaman diskriminasi dan prejudis. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Jangkitan baharu HIV atau AIDS di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 70 peratus dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.

Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.

Teknologi rawatan HIV kini bantu pesakit hidup normal - MAC
Teknologi rawatan HIV ketika ini telah menyaksikan kemajuan yang sangat baik dalam usaha membantuk penghidap HIV atau PLHIV hidup dengan sihat.

14 kanak-kanak di India dijangkiti HIV, Hepatitis selepas transfusi darah
Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan.

Rawatan PrEP perlu dilihat dengan lebih meluas
Apa yang penting adalah bidang perubatan bertujuan merawat sesiapa sahaja dan bukannya menghukum.

Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.

Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.

Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.