KUCHING: Kes kematian bayi berusia tiga bulan yang meninggal dunia di dalam bas pada 4 Disember lalu berkemungkinan akibat jangkitan darah (sepsis) dengan komplikasi jangkitan selaput otak (meningitis).
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Ooi Choo Huck berkata, perkara itu hanya dapat disahkan melalui laporan yang diperoleh daripada temu bual bersama ibu bapa, rekod perubatan dan pemeriksaan fizikal ke atas mayat bayi.
Jelasnya, pihak hospital tidak melakukan bedah siasat kerana pihak keluarga tidak bersetuju sebelum mayat bayi tersebut dibawa pulang dan selamat dikebumikan.
“Menurut laporan siasatan akhir ke atas isu berkenaan, bayi berumur tiga bulan tersebut telah meninggal dunia di dalam bas semasa dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei untuk mendapatkan rawatan tradisional.
“Ibu bayi menyedari bahawa bayinya tidak bernafas semasa mereka berhenti di perhentian bas tersebut. Bayi telah dibawa ke hospital berdekatan dan disahkan telah meninggal dunia di hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Dalam pada itu, JKNS menasihatkan agar orang ramai terutama penjaga untuk peka dan bertanggungjawab merujuk ke fasiliti kesihatan sekiranya kesihatan kanak-kanak terjejas.
“Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin menasihati orang ramai agar membawa bayi atau anak mereka ke fasiliti kesihatan (klinik/hospital) terdekat dengan segera sekiranya mendapati bayi atau anak tidak sihat,” tambahnya lagi.
Awal Disember lalu, media melaporkan seorang bayi berusia tiga bulan telah meninggal dunia di dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Perhentian Bas Jelukong Sri Aman.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Dec 19 2022

Kes kematian bayi berusia tiga bulan yang meninggal dunia di dalam bas pada 4 Disember lalu berkemungkinan akibat jangkitan darah (sepsis) dengan komplikasi jangkitan selaput otak (meningitis). - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bapa mengaku salah sebabkan kematian bayi tiga bulan
Amirul Hakim Muhamad Fadzil mengaku cuai sehingga menyebabkan kematian anak lelakinya itu akibat kecederaan di bahagian kepala.

Jangkitan darah mungkin punca bayi tiga bulan meninggal dunia dalam bas
Pihak hospital tidak melakukan bedah siasat kerana pihak keluarga tidak bersetuju untuk berbuat demikian.

Hentakan objek tumpul punca kematian bayi tiga bulan - Ketua Polis Kedah
Pakar forensik turut menemui kesan luka dan lebam di beberapa bahagian tubuh bayi yang dibunuh bapa kandung.

Bapa bunuh bayi tiga bulan ada lapan rekod jenayah
Lapan rekod kesalahan lampau itu melibatkan dadah dan keganasan rumah tangga.

Bayi tiga bulan dibunuh bapa kandung
"Saya tidak dapat maafkan suami" - Kamalia.

Redah hujan lebat bersama bayi tiga bulan elak terperangkap banjir
Lebih membimbangkan ibu kepada tiga anak berusia 33 tahun itu apabila ular sudah mula membuat 'kunjungan' menerusi bahagian belakang rumah mereka di Kampung Surau Putih, Kuantan.

Ibu maut, bayi tiga bulan cedera dalam kemalangan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Almera dipercayai dari arah Johor Bahru menghala ke Bandar Penawar telah terbabas melanggar pembahagi jalan.

Bayi dijangkiti polio dilaporkan stabil
Bayi tiga bulan di Tuaran, Sabah yang dijangkiti polio dilaporkan stabil ketika ini, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.