Kes jangkitan influenza di Johor masih terkawal dan tidak menunjukkan wabak, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Aman Rabu.
Beliau berkata pemantauan bagaimanapun masih tetap dijalankan bagi memastikan keadaan terkawal itu berterusan.
"Setakat ini tidak ada wabak. Influenza terdapat banyak jenis iaitu A, B dan C tetapi kita tidak spesifik untuk satu-satu influenza sahaja untuk dipantau.
"Pemantauan kita menyeluruh selagi ia melibatkan penyakit pernafasan dan selesema," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Dr Aman ditemui selepas menyertai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar melakukan Ops Penguatkuasaan Larangan Merokok di beberapa buah kedai makan di Bandar Baru Uda.
Semasa ditanya sama ada pihaknya ada merekodkan kes wabak penyakit yang melanda China ketika ini, Dr Aman berkata tiada laporan diterima setakat ini.
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah membuat saringan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengenal pasti pelancong atau individu dari negara berkenaan yang mempunyai simptom demam.
"Sekiranya ada (kes individu mempunyai simptom), kita buat siasatan lanjut dan kuarantin sekiranya perlu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020

Dr Aman Rabu (berdiri, tiga kanan) bersama Mohd Khuzzan (berdiri, dua kanan) mengedarkan risalah mengenai kesalahan merokok di premis makan sekitar Bandar Baru Uda, 7 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Akaun Telegram Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam
Dr Aman memaklumkan perkara itu disedarinya selepas ada pihak menerima mesej menerusi aplikasi tersebut yang mengatakan beliau mahu meminjam wang.

COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac
Langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.

COVID-19: Pusat pelancongan B5 Johor Street Market ditutup
Semua premis diarah tutup dengan kadar segera selain turut kerja-kerja sanitasi dilaksanakan secara berkala demi menjamin kesejahteraan bersama.

63,000 pesakit seluruh Malaysia terima bantuan TBP
Bantuan TBP disediakan kepada pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, pembelian peralatan rehabilitasi atau ubat-ubatan.

JKNJ nafi ada kes COVID-19 di Bandar Seri Alam
Dr Aman Rabu memaklumkan bahawa terdapat satu kenyataan tular yang memaparkan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah terhadap seorang kontak pesakit COVID-19.

120 pelajar SMAKJ Kluang keracunan makanan selepas sarapan mi goreng
Kesemua pelajar itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Jangkitan influenza di Johor terkawal - Pengarah kesihatan
Beliau berkata pemantauan bagaimanapun masih tetap dijalankan bagi memastikan keadaan terkawal itu berterusan.