Tiada kes positif virus rabies baharu dilaporkan di Sarawak dan setakat 2 Julai, jumlah kes yang disahkan masih tiga, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Prof Sim Kui Hian.
Sim, yang juga menteri yang menjalankan arahan memerhati bagi Jabatan Kesihatan Sarawak (SHD), berkata dari 1 April hingga 2 Julai 2017, jumlah terkumpul kes gigitan anjing di daerah Serian adalah 34 kes manakala bagi tempoh 29 Jun hingga 2 Julai lepas, SHD memantau rapi kes yang berlaku di Kampung Paon, Kampung Lebor, Kampung Remun dan Kampung Krait, kesemuanya dalam daerah Serian.
Beliau berkata pada 29 Jun, SHD menerima tiga notifikasi kes disyaki rabies dari daerah Serian dan pada 30 Jun, ketiga-tiga kes itu disahkan positif rabies.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata lapan pasukan kesihatan masih dalam proses untuk mengesan kes gigitan anjing dari rumah ke rumah.
"SHD juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Veterinar negeri bagi memastikan jangkitan virus rabies kepada manusia dapat dikawal dan tiada jangkitan seterusnya berlaku di luar kawasan itu," katanya.
Sim berkata pada masa sama, aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan dengan rabies dan langkah pencegahannya telah dilaksanakan kepada penduduk di kampung yang terjejas sama ada menerusi ceramah umum atau secara individu semasa aktiviti pengesanan kes.
Katanya kerajaan negeri akan membeli secepat mungkin vaksin rabies bernilai RM100,000 untuk kegunaan manusia bagi membantu SHD.
Sementara itu, SHD menasihati semua penduduk di daerah Serian terutamanya di kawasan yang terjejas dengan kes rabies positif supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada dijangkiti.
Jabatan itu menasihati mereka yang digigit anjing supaya segera membasuh luka gigitan itu dengan air dan sabun yang banyak selain mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Kuala Lumpur akan menghantar dua pengawainya ke Sarawak untuk membantu dalam mengawal penyakit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2017

Jabatan Kesihatan Sarawak menasihati mereka yang digigit anjing supaya segera membasuh luka gigitan itu dengan air dan sabun yang banyak selain mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran. - Gambar hiasan

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.

Seorang lagi mangsa rabies meninggal dunia di Sarawak
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu juga menjadikan sejumlah 27 kes rabies dikesan di Sarawak sejak kes pertama pada 31 Julai 2017.

Wanita di Sibu korban terbaharu rabies
Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 18 Oktober lalu di Hospital Sibu.

Rabies: Sarawak catat satu kematian terbaharu
Seorang lelaki dari Sibu berusia 62 tahun menjadi mangsa korban terbaharu akibat wabak rabies di Sarawak.

Wabak rabies di Sarawak akan terus dipantau - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan terus memantau penularan wabak rabies di Sarawak berikutan terdapat kes baharu yang menyebabkan kematian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mangsa keempat jangkitan rabies meninggal dunia
Jurucakap Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan kanak-kanak berkenaan meninggal pada 2.05 petang tadi.

Kanak-kanak di Taiping tiada gejala rabies - Exco
Dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan di Kuala Sepetang, Taiping pada 4 Julai lepas disahkan tidak mempunyai tanda-tanda dijangkiti rabies atau penyakit anjing gila.

Kes rabies dikesan di Kuala Sepetang, Taiping - KP Veterinar
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam bagaimanapun berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kawasan jangkitan terhad kepada satu kampung sahaja.

Jangkitan virus rabies di Serian terkawal
Tiada kes positif virus rabies baharu dilaporkan di Sarawak dan setakat 2 Julai, jumlah kes yang disahkan masih tiga, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Prof Sim Kui Hian.

Kes gigitan anjing meningkat di Pulau Pinang
Kes gigitan anjing makin meningkat di Pulau Pinang dengan 15 kes baharu dicatatkan sehingga Isnin menjadikan jumlah kes direkodkan meningkat kepada 41.