Satu janin bayi ditemukan maut dipercayai dibuang di Loji Kumbahan Indah Water, Sri Damansara, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan yang bekerja di loji kumbahan berkenaan, pada 2.20 petang.
"Berdasarkan keterangan pengadu, janin itu ditemukan ketika pekerja melakukan pembersihan 'Inlet Screen' di loji kumbahan sampah itu dan ternampak satu objek seakan janin bayi yang cukup sifat.
"Anggota polis Ibu Pejabat Petaling Jaya kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk tujuan pengesahan dan janin bayi itu di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian serta usianya," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.
"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau keduanya sekali.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Vanitha BalaKrishnan di talian 017-2229832," ujarnya.
Afiezy Azaman
Tue Jul 21 2020

Janin itu ditemukan ketika pekerja melakukan pembersihan di loji kumbahan sampah itu. - PDRM
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Ramai masih tidak peduli kepentingan kosongkan tangki septik
Tangki septik yang tidak diselenggara dan dikosongkan menjadi salah satu faktor utama kepada punca pencemaran sumber air khususnya sungai dan sistem perairan di negara ini.

Pengosongan tangki septik penting elak pencemaran - IWK
Negara kita masih mempunyai sistem pembetungan yang tidak bersambung iaitu sistem tradisional.

Tiada pencemaran air kumbahan dalam banjir di Utara
Tiada pencemaran air kumbahan di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti baru-baru ini.

Tebus guna tapak kumbahan: 500,000 unit rumah SPNB mampu dibina
Jelasnya, kerjasama pintar itu antara lain membolehkan SPNB memajukan kawasan perumahan di tapak kawasan kumbahan milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd.