KUALA LUMPUR: Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu telah dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut.
"Janin tersebut dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian," katanya dalam kenyataan malam ini.
Ashari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, petang tadi. - Foto ihsan polis
AWANI Ringkas: Genjatan senjata Israel-Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU | Penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar bertemu pemimpin EU untuk perkukuh hubungan Malaysia-EU, kerjasama serantau
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di sini pada Isnin.
KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina
Isu keciciran pelajar akan terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim – Jemilah Mahmood
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata krisis yang sebenar dihadapi dunia sebenarnya terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim. Jelasnya, pemimpin perlu memanfaatkan kecerdasan buatan (AI0 dan inovasi dalam menangani isu alam semasa. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [20/1/2025] - Tidak akan tarik laporan | Lubuk 'scammer' | Jurusolek disyaki cabul pelanggan | Keluar neraka, kini di 'syurga'
- Isteri lelaki OKU dipukul tidak maafkan pelaku, harap tindakan tegas
- Jurusolek direman, cabul pelakon sambilan di salun rambut
- Donald Trump angkat sumpah tengah malam ini, apa reaksi dunia?
- Selepas lebih etahun, penduduk Gaza dapat nikmati tidur lena
- Jurusolek direman, cabul pelakon sambilan di salun rambut
- Donald Trump angkat sumpah tengah malam ini, apa reaksi dunia?
- Selepas lebih etahun, penduduk Gaza dapat nikmati tidur lena
Nilai semula penggunaan tenaga dalam pembangunan teknologi, AI – Jemilah Mahmood
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata penggunaan tenaga dalam pembangunan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) perlu diberi penilaian semula agar tidak memberi kesan parah kepada alam. Jelasnya, keseimbangan perlu dicari antara meneruskan usaha pembangunan dan langkah-langkah kelestarian dalam mengejar kemajuan. #AgendaAWANI
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan – Jemilah Mahmood
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global. Jelasnya, ini merupakan tindakan awal untuk memposisikan Malaysia sebagai peneraju dalam isu berkenaan diperingkat ASEAN. #AgendaAWANI
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.
Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.
Janin ditemukan dalam tandas di stesen minyak
Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, petang tadi.
Janin cukup sifat dibuang dalam loji kumbahan sampah
Berdasarkan keterangan pengadu, janin itu ditemukan ketika pekerja melakukan pembersihan.