KETIBAAN bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh Umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh dengan pengampunan dan dilipatkali gandakan pahala amalan menyebabkan seluruh dunia bergembira dengan ketibaan bulan yang mulia ini.
Selain daripada ibadah utama yang dijalankan seperti puasa, solat berjemaah, solat sunat tarawih, solat sunat witir, qiamullai dan tadarus al-Quran, sedekah juga menjadi amalan yang sangat dinantikan oleh setiap daripada umat Islam khususnya para dermawan yang senantiasa bersedia untuk berinfak bagi tujuan ihya’ Ramadan. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai serratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi maha mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 261)
Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah dibulan Ramadan. Perkara ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari maksudnya:
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Baari menjelaskan bahawa tahap kedermawanan Rasulullah SAW seperti angin yang berhembus memberi gambaran bahawa Baginda sangat ringan dan cepat untuk bersedekah tanpa perlu berfikir panjang untuk memberi. Situasi ini juga mengisyaratkan kedermawanan Baginda memiliki manfaat yang besar sebagaimana angin yang bertiup membawa manfaat kepada semua.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (Hadis Riwayat Muslim)
Skop sedekah di bulan Ramadan ini tidak tertumpu kepada wang semata-mata bahkan meliputi banyak perkara antaranya memberi makan orang berbuka puasa.
Ganjaran pahala bagi mereka yang memberi orang berbuka puasa adalah sangat besar iaitu menyamai pahala orang diberi makan tersebut walaupun hanya dengan sebiji kurma sahaja. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (Hadis Riwayat At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah).
Puasa menyeru kita memberi makan orang yang kelaparan, memberi sebahagian rezeki kepada orang miskin dan melindungi orang fakir. Maka bulan Ramadan menjadi kesempatan bagi orang-orang yang gemar bersedekah, suka memberi dan dermawan.
Allah SWT memiliki dua malaikat yang berdoa pada setiap pagi salah satu daripadanya memohon: “Ya Allah berikanlah balasan orang yang berinfak.” Kemudian yang kedua pula berdoa: “Ya Allah timpakan kehancuran bagi orang yang tidak mahu berinfak” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain daripada itu, setiap kali seseorang hamba menginfakkan hartanya, Allah SWT memberikan kurnia kepadanya berupa kesihatan jasmani, ketenangan batin dan keluasan rezeki. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim)
Gambaran dari hadis ini menunjukkan kesalahan manusia akan menyebabkan timbulnya hawa panas di hati manusia sehingga membuat jiwa terbakar umpama dikelilingi oleh api yang marak membakar. Untuk memadamkan rasa kepanasan tersebut, maka bersedekahlah. Dengan bersedekah, hawa yang sejuk akan mengalir dalam badan manusia sehingga menghapuskan segala kesalahan yang dilakukan.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Ibn ‘Uqbah bin Amir meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Setiap orang akan berada dalam naungan sedekah yang pernah dikeluarkannya pada hari kiamat hingga nasibnya ditentukan bersama yang lainnya” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim).
Kedudukan tinggi amalan sedekah pada bulan Ramadan ditambah pula dengan iman yang meningkat disebabkan amalan yang dilakukan memberi natijah kepada dekatnya hubungan hamba dengan Sang Pencipta (Allah SWT). Fikiran manusia disucikan, dicantikkan dan diterangai dengan cahaya yang bersinar dari al-Quran.
Justeru itu, jangan lepaskan peluang yang dikurnikan oleh Allah SWT dengan kedatangan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Ayuh sama-sama kita meningkatkan amal ibadah selagi Ramadan masih lagi berbaki, perbanyakkan sedekah selagi direzeki untuk menikmatinya.
* Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Khairul Asyraf Mohd Nathir
Fri Apr 15 2022
Setiap kali seseorang hamba menginfakkan hartanya, Allah memberikan kurnia kepadanya berupa kesihatan jasmani, ketenangan batin dan keluasan rezeki. - Gambar hiasan
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Meskipun populasi harimau merosot di seluruh dunia selepas sebahagian besar habitat telah diceroboh, situasi ini berbeza di sebuah kawasan hutan luas terlindung di Thailand.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan komitmen memperkukuh industri pelancongan serantau.
Buat wanita gemar 'membawang,' Nora Danish pesan amalkan sedekah, sentiasa bertaubat
Amalan bersedekah dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara seperti mengata atau mengumpat orang lain.
Pasukan rundingan baharu akan ditubuhkan
Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di Selatan Thailand.
Peniaga sedekah dua tan ikan segar sehari bantu mangsa banjir
Seorang peniaga ikan mengagihkan kira-kira dua tan hasil laut secara percuma setiap hari untuk dimasak di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan.
Ong anggap derma darah cara bersedekah
Bapa kepada seorang cahaya mata itu pada masa sama turut menggalakkan orang ramai menderma darah bermula daripada usia muda.
Al-Quran cahaya yang semakin ditinggalkan
Ia merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya secara berperingkat-menjadi lengkap.
Apabila sedekah menjadi rasuah
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.
'Sedekah' pilihan raya kepada pengundi tetap rasuah - Azam Baki
Azam berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya.
Budaya derma sudah jadi darah daging Pas - Razman
Menurut Razman, budaya pemberian derma yang menjadi tuntutan agama telah dihidupkan oleh Pas sejak sekian lama.
Penerima lebih gembira, beza bersedekah bagi duit cash & transfer online!
Zaman teknologi ini, bersedekah boleh dalam pelbagai cara bagi memudahkan urusan.
Doa ketika beri duit raya, bersedekah
Untuk bersedekah ada caranya. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Janji Allah kepada mereka yang bersedekah di bulan Ramadan
Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadan.
Ramadan: Kongsi rezeki juadah buka puasa secara pandu lalu
Aneka juadah yang disediakan termasuk kuih muih, nasi berlauk, bubur lambuk dan minuman secara percuma.