SUDAH sampai masanya kita mengambil satu langkah baru bagi memastikan setiap janji manifesto yang dibuat dalam proses pilihan raya dalam negara kita dipandang serius oleh mereka yang membuatnya dan dipenuhi tanpa adanya sebarang alasan murah dan tidak munasabah.
Peribahasa Melayu pun ada menyebut “Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya (janjinya)” yang bermaksud janji hendaklah ditepati dan ditunaikan. Mana-mana ahli atau parti politik yang membuat janji-janji melalui manifesto pilihan raya perlu menanggung segala risiko serta bertanggungjawab terhadap semua janji manis yang telah dibuat oleh mereka di dalam manifesto pilihan raya tanpa memberi sebarang alasan.
Amat menyedihkan sekiranya sebarang janji yang telah dibuat di dalam manifesto pilihan raya tidak dipenuhi dan ditepati oleh mana-mana ahli atau parti politik setelah mereka memenangi proses pilihan raya dan memegang kuasa kerajaan.
Tindakkan untuk tidak memenuhi atau menepati segala janji yang telah dibuat di dalam manifesto juga menunjukkan dengan jelas sikap tidak hormat mereka terhadap para pengundi yang telah memberi kepercayaan dan memberi undi kepada ahli dan parti politik yang telah membuat pelbagai jenis janji dalam manifesto pilihan raya mereka.
Manifesto pilihan raya adalah sebuah dokumen bertulis yang mengandungi janji yang bakal dipenuhi sekiranya ahli atau parti politik yang membuat manifesto terbabit menang dalam proses pilihan raya. Manifesto plihan raya selalunya dibuat setiap kali adanya tibanya musim pilihan raya.
Dengan adanya manifesto pilihan raya ini, rakyat secara keseluruhannya akan mudah untuk memahami segala rancangan yang bakal dilakukan sekiranya ahli atau parti politik yang membuat manifesto ini sekiranya mereka menang pilihan raya kelak. Terdapat pelbagai jenis janji di dalam manifesto pilihan raya ini.
Kesemua janji ini ini selalunya dilihat sebagai “janji manis” sewaktu pilihan raya yang digunakan untuk memenangi hati rakyat terutamanya hati pengundi. Antara janji yang sering dilemparkan adalah yang berkaitan dengan janji untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, janji memperbaiki ekonomi, janji untuk memberi pelbagai jenis bantuan sosial, janji untuk meningkatkan tahap serta peluang pendidikan, janji untuk membangunkan pengangkutan awam dan macam-macam jenis janji lagi.
Pengundi selalunya akan memberi undi mereka kepada mana-mana ahli atau parti politik yang menawarkan janji yang baik melalui manisfesto mereka. Namun amat sedih untuk diketahui, status sesebuah manifesto hanya lah sekadar janji manis yang tidak terikat dengan undang-undang.
Ini bermakna, ahli atau parti politik yang membuat manisfesto ini tidak perlu menunaikan janji yang telah dibuat setelah mereka menang pilihan raya dan mendapat kuasa untuk memerintah negara. Jika kita masih ingat pada tahun 2013 yang lalu, pihak Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.
Berikutan keputusan penting itu, pihak mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.
Di dalam kes terbabit, hakim bersetuju dengan hujahan bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang. Seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut. Dengan mengambil kira keadaan semasa kini, kita perlu melakukan proses penambahbaikkan bagi melindungi rakyat kita khususnya para pengundi daripada menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab sewaktu tibanya musim pilihan raya.
Pihak mahkamah diminta melihat semula status undang-undang yang diberikan terhadap manisfesto yang dibuat oleh mana-mana ahli atau parti politik. Setiap manifesto yang dibuat oleh mana-mana ahli atau parti politik perlu diikat dengan undang-undang supaya tindakkan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana ahli atau parti politik yang tidak memenuhi atau melangari janji manifesto mereka. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga disarankan mengambil langkah yang proaktif dalam perkara ini.
Pihak SPR perlu mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu manifesto ini untuk diberikan satu kuasa undang-undang terhadapnya. Pindaan boleh dilakukan melalui sebarang akta sedia ada seperti Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 [Akta 5] bagi menyelesaikan perkara ini.
Sekiranya manifesto pilihan raya diikat dengan kuasa undang-undang, setiap ahli serta parti politik akan lebih mengambil serius terhadap manifesto pilihanraya mereka serta akan menyediakan sebuah manifesto pilihan raya yang lebih realistik serta yang berdasarkan fakta yang sahih di masa akan datang. Pada masa yang sama, hak dan kepentingan setiap pengundi dalam negara kita juga dapat dilindungi.
Dr Muzaffar Syah Mallow
Sat Feb 02 2019
Pengundi selalunya akan memberi undi mereka kepada mana-mana ahli atau parti politik yang menawarkan janji yang baik melalui manisfesto mereka.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Indonesia Emas 2045... Cabaran buat pengganti Jokowi?
Antara yang dipersoal adalah tentang sama ada anggaran untuk menyediakan peruntukan bagi menunaikan janji-janji setiap calon itu mencukupi.
Nenek 65 tahun janji beri bangunan pada pemuda 20-an jika bercinta
Menurut lelaki tersebut dia telah menjalin cinta dengan warga emas yang tua lebih 40 tahun daripadanya.
PRN Sabah: Warisan janji tapi tak tunai - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata dalam normal politik baharu, rakyat perlu diberi tawaran yang mampu membela nasib mereka.
Patrotisme belia: Mendukung janji diri
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.
De Roon rancang beri penyokong 1,000 piza andai Atalanta menang UCL
Atalanta akan berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan suku akhir di Lisbon awal pagi esok.
Shafie Apdal perlu ambil kira percaturan politik semasa - penganalisis
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bukan sahaja perlu meneliti pencalonannya sebagai Perdana Menteri kesembilan tetapi perlu menyedari objektif percaturan politik semasa.
Warisan yakin janji Tun M kembalikan hak Sabah
Kerajaan Sabah yang ditadbir parti Warisan yakin dengan janji Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengembalikan hak-hak negeri itu termasuk tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Saya tak pernah mungkir janji" - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, beliau akan menunaikan janji yang dibuatnya seperti mana yang dilakukkannya sebelum ini.
'Jemaah menteri dalam kalangan individu berintegriti, bebas rasuah' - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dalam kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
'Tweet ini tidak membantu keadaan' - Netizen kecewa kenyataan Khalid Samad
Ada yang menganggap kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak membantu ketika keadaan masih tidak menentu ini.