KOTA BHARU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan telah mengeluarkan notis larangan operasi eskalator kepada pengurusan sebuah pasar raya di bandar ini selepas jari kaki seorang kanak-kanak perempuan tersepit pada peranti pengangkutan itu, Jumaat lepas.
Pengarah JKKP Kelantan Abdul Aziz Salim berkata, notis yang berkuat kuasa hari ini tidak membenarkan eskalator tersebut untuk beroperasi dalam tempoh satu hingga dua minggu sehingga pihak pengurusan melakukan kerja-kerja pembaikan dan dijamin selamat untuk digunakan.
"JKKP Kelantan juga telah memanggil pihak pengurusan premis, firma yang kompeten (FYK) dan Pesatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK Malaysia) untuk tindakan lanjut.
"Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta Kilang dan Jentera 1967," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada 7 Jan lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tersepit kaki semasa sedang menaiki eskalator di sebuah pasar raya di sini, mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.
Abdul Aziz berkata, JKKP Kelantan memandang serius terhadap kemalangan itu dan menasihatkan pengguna terutama ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka semasa menggunakan eskalator.
"Sebelum ini sudah ada beberapa kes kesemuanya melibatkan kanak-kanak yang pada usia ini pergerakan mereka tidak terjangka dan perlu ada kawalan daripada penjaga.
"Penggunaan kasut seperti kasut getah, tali kasut terjuntai dan kanak-kanak memasukkan apa-apa peralatan boleh menyebabkan eskalator terhenti sekali gus membahayakan mereka," katanya.
Beliau turut meminta pihak pengurusan pasar raya supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti meletakkan papan tanda peringatan dan mengadakan pengumuman kepada orang awam dari semasa ke semasa mengenai pematuhan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan bagi penggunaan eskalator.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Pengguna terutamanya ibu bapa turut dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka semasa menggunakan eskalator. - Sinar Harian
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Bomba bantu keluarkan penutup singki di jari kanak-kanak
Penutup singki itu tersepit di bahagian jari telunjuk kanan kanak-kanak berusia empat tahun itu.
Jari kanak-kanak tersepit di eskalator: JKKP keluar notis larangan operasi
Eskalator itu tidak dibenar untuk beroperasi dalam tempoh satu hingga dua minggu sehingga pihak pengurusan melakukan kerja-kerja pembaikan.
Jari tersepit, surirumah bawa mesin pengisar ke balai bomba
Mangsa yang dikenali sebagai Norhaliza Idris, 30, dipercayai datang dari rumahnya di Jerteh, Terengganu, bagi mendapatkan pertolongan pihak bomba untuk mengeluarkan jarinya.