BAYERN MUNICH 3 BAYER LEVERKUSEN 1
Arjen Robben menjaringkan gol hebat tatkala Bayern Munich mempamerkan kebangkitan untuk mencipta kemenangan 3-1 ke atas Bayer Leverkusen yang beraksi dengan 10 pemain, awal pagi tadi.
Pertahanan Leverkusen, Wendell, menjaringkan gol pembukaan pada minit kelima menerusi sepakan penalti di Allianz Arena, yang menyaksikan pengadil, Tobias Welz, meminta sepakan dilakukan semula selepas Kevin Volland gagal dalam usaha awal.
Bayern pantas menyamakan kedudukan hasil gol daripada Corentin Tolisso sebelum tuan rumah meraih pendahuluan apabila Robben melakukan sepakan voli pada minit ke-19.
James Rodriguez melengkapkan tiga mata buat Bayern ketika permainan berbaki seminit untuk mengekalkan rentak kemenangan buat juara bertahan Bundesliga itu tatkala hasrat pelawat untuk mencipta sebarang kebangkitan lenyap susulan layangan kad merah terhadap pemain gantian, Karim Bellarabi.
Kontroversi tercetus pada awal permainan apabila Leverkusen dianugerahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan Thiago Alcantara tetapi Manuel Neuer melakukan dua halangan cemerlang untuk menafikan tendangan Volland.
Namun, kecemerlangan itu tidak memberikan sebarang makna selepas pengadil memerintahkan agar tendangan itu dilakukan semula akibat pemain masuk terlalu awal ke dalam kotak penalti dan Wendell tidak melepaskan peluang kedua itu.
Pendahuluan yang diraih Leverkusen hanya bertahan seketika susulan gol penyamaan yang hadir menerusi Tolisso apabila gerakan bijaknya membolehkan pemain Perancis itu melepaskan rembatan ke penjuru kanan gawang.
Tidak lama kemudian, Robben meletakkan tuan rumah di depan. Kesilapan benteng pelawat ketika mengeluarkan bola dari kawasan bahaya disusuli dengan tendangan voli melepasi Lukas Hradecky walaupun Bayern berdepan tamparan besar apabila Tolisso terpaksa dibawa keluar akibat kecederaan lutut.
Leverkusen tampak bergelut dalam babak kedua dan Bellarabi yang baru dimasukkan selaku pemain gantian membiarkan emosi mengawal diri apabila melakukan terjahan ke atas Rafinha ketika aksi berbaki 10 minit, membuatkan Welz tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah.
Bayern pantas menggunakan kelebihan 11 pemain, kali ini menerusi James yang menanduk masuk hantaran lintang Thiago, sekali gus mengesahkan kemenangan buat pasukannya walaupun usahanya selepas itu dinafikan kerana ofsaid.
Astro Arena
Sun Sep 16 2018

Pemain Bayern Munich, Thomas Mueller, beraksi bersama pemain Bayer Leverkusen, Aleksandar Dragovic, dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz, Munich, Jerman, 15 Sept, 2018. REUTERS
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Robben bersara buat kali kedua
Kini ia sudah rasmi Robben mengambil keputusan mengantung kasut but buat kali kedua pada usia 37 tahun.

Arjen Robben umum persaraan
Arjen Robben, 35 tahun umum menamatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.

Jaringan hebat Robben bantu Bayern
Pertahanan Leverkusen, Wendell, menjaringkan gol pembukaan pada minit kelima menerusi sepakan penalti di Allianz Arena.

Arjen Robben umum persaraan selepas gagal bawa Belanda ke Piala Dunia Rusia
Mula mewakili Belanda pada April 2003, Robben beraksi dalam 96 perlawanan dan meledak 37 jaringan.

Robben masih sayang jersi Belanda
Pemain antarabangsa Belanda itu terpaksa direhatkan selama enam minggu akibat masalah pangkal paha.

Arjen Robben mohon maaf kerana sengaja jatuhkan badan untuk penalti
Arjen Robben memohon maaf kerana tindakannya yang sengaja menjatuhkan badan dalam kotak penalti untuk mendapatkan penalti ketika menentang Mexico.

Larian Arjen Robben cecah 37km/j tetapi mengaku tidak sepantas Usain Bolt
Bintang Bayern Munich Arjen Robben yang dilaporkan mencatat kelajuan 37km/j ketika menentang Sepanyol.

Liga Juara-Juara: Bayern Munich muncul juara
Jaringan Arjen Robben di lewat permainan membantu Bayern Munich untuk muncul juara Liga Juara-Juara Eropah.