PUTRAJAYA: Sebanyak RM3.5 bilion bakal diperuntukkan melalui program Jaringan Prihatin bagi membolehkan Kumpulan B40 memiliki telefon pintar atau bantuan pelan jalur lebar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Daripada keseluruhan dana berkenaan, jelas Perdana Menteri, RM2 bilion bakal disediakan kerajaan, manakala RM1.5 bilion disumbang oleh syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan.
Menurut Muhyiddin, inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan golongan berkenaan tidak ketinggalan oleh arus teknologi lebih-lebih lagi sewaktu negara dilanda pandemik COVID-19.
"Selain daripada jurang rangkaian internet, masih terdapat jurang kemampuan kewangan untuk memperolehi capaian internet.
"Meskipun kos pelan “broadband” terendah di Malaysia adalah 1.1 peratus dari pendapatan negara kasar per kapita bulanan sejajar dengan garis panduan PBB... namun ia masih tinggi bagi sebahagian kelompok masyarakat yang berpendapatan rendah.
"Kos telefon pintar juga menelan sebahagian besar pendapatan bulanan isi rumah yang berpendapatan rendah,” katanya sewaktu berucap melancarkan program Jaringan Prihatin di sini, pada Rabu.
Perdana Menteri berkata, program itu bakal memberi manfaat kepada sekitar 8.5 juta rakyat yang terdiri daripada golongan B40.
Jaringan Prihatin bertujuan membina bakat dan kemahiran digital seiring dengan usaha keterangkuman berpaksikan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Di bawah program berkenaan, penerima yang layak boleh menerima bantuan untuk pakej peranti sehingga RM300 atau pelan data bulanan sehingga RM180 untuk 12 bulan.
Berucap lanjut, Muhyiddin berkata, terdapat keperluan untuk memastikan bahawa setiap orang mempunyai akses dengan kos yang berpatutan serta kemahiran.
"Pembangunan Kapasiti di bawah pelbagai program sektor awam dan swasta perlu disesuaikan dengan keadaan individu dan dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang masyarakat.
“Dalam usaha kita untuk menangani krisis pandemik serta sekali gus untuk meletakkan batu asas ekonomi Malaysia ke arah yang lebih inklusif; mahu tidak mahu, jurang digital antara rakyat wajib dirapatkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program Jaringan Prihatin merupakan sebahagian daripada agenda keterangkuman digital negara bertujuan meringankan beban 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Katanya, Jaringan Prihatin merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk terus memperjuangkan agenda keterangkuman dan memastikan negara berada di landasan pertumbuhan yang mampan.
"Pandemik (COVID-19) ini juga telah memberi tumpuan terhadap isu dan masalah yang sudah lama dihadapi – iaitu masih ramai rakyat tidak mempunyai akses internet yang menyeluruh, sama ada dari segi ketersediaan mahupun kemampuan, terutamanya di kalangan golongan rentan dan B40"
"Kerajaan akur bahawa terdapat penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah jurang digital ini.
“Oleh itu, program Jaringan Prihatin merupakan sebahagian daripada agenda keterangkuman digital negara bertujuan untuk meringankan beban 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui bantuan sejumlah RM1.5 bilion bagi melanggan pelan data bulanan atau mengurangkan kos untuk pembelian peranti mudah alih,” kata beliau lagi.
Firdaus Azil
Wed May 05 2021
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, program Jaringan Prihatin diperkenalkan oleh kerajaan bagi memastikan golongan B40 tidak ketinggalan oleh arus teknologi, sewaktu pandemik COVID-19.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
5.4 juta terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025
5.4 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai April 2025.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
Sebanyak 700 ribu penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR bagi kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Manakala golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Penerima SARA boleh membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar sebanyak 1,600 buah di seluruh negara.
SARA akan dikredit ke dalam Mykad bagi bulan Januari hingga Mac
Menteri Kewangan 2, Amir Hamzah berkata, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam Mykad pengguna bagi bulan Januari hingga Mac.
Mulai April 2025 kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.
Mulai April 2025 kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.
Kerajaan eratkan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan berusaha untuk mengeratkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan AS supaya tidak dikenakan kenaikan kadar tarif seperti China, Kanada dan Mexico.
Malaysia mengambil pendekatan dengan tidak memihak dalam menangani perang dagang antara AS dengan negara lain. Malaysia juga kekal sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai oleh semua rakan dagang.
Malaysia mengambil pendekatan dengan tidak memihak dalam menangani perang dagang antara AS dengan negara lain. Malaysia juga kekal sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai oleh semua rakan dagang.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.
Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.