PUTRAJAYA: Program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merupakan sebahagian daripada agenda keterangkuman digital negara bertujuan untuk meringankan beban 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan menyedari masih ramai rakyat tidak mempunyai akses Internet yang menyeluruh sama ada dari segi ketersediaan mahupun kemampuan,terutamanya dalam kalangan golongan rentan dan B40.
"Justeru, kerajaan akur bahawa terdapat penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah jurang digital ini," katanya pada majlis pelancaran Program Jaringan Prihatin di sini, hari ini.
BACA: Jaringan Prihatin: RM3.5b bantu B40 miliki telefon pintar, data bulanan - Perdana Menteri
Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.
Program ini diperkenalkan berdasarkan konsep keterangkuman dan langkah untuk memperkasakan rakyat Malaysia ke arah ekonomi digital, untuk memastikan tiada golongan yang akan tercicir.
Tengku Zafrul berkata program ini diumumkan sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal sebanyak RM1.5 bilion.
Mengambil kira jumlah keluarga B40 yang mempunyai anak, terutamanya yang masih bersekolah, beliau berkata RM500 juta telah ditambah dalam program ini di bawah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan pada Mac lepas, menjadikan nilainya sebanyak RM2 bilion.
Selain itu, katanya syarikat telekomunikasi turut menawarkan faedah tambahan bernilai RM1.5 bilion, menjadikan nilai keseluruhan sebanyak RM3.5 bilion untuk penerima BPR.
Menurut Tengku Zafrul, program ini sejajar dengan lima Bidang Fokus Utama kerajaan dalam usahanya untuk menjana semula dan meningkatkan ekonomi Malaysia pasca COVID, yang sebahagiannya untuk meningkatkan daya saing negara dengan mengurangkan jurang digital.
Lima Bidang Fokus Utama itu ialah mengawal penularan COVID-19 bagi membolehkan ekonomi dibuka semula; memacu pemulihan ekonomi untuk terus melindungi kesejahteraan rakyat dan sektor yang terjejas; memperkukuh daya saing negara; memastikan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat serta mentransformasi ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan dan inovasi.
Di bawah Jaringan Prihatin, penerima yang layak boleh memilih satu daripada dua faedah; pakej peranti atau pakej pelan data bulanan:
Bagi B40 dengan anak di bawah 18 tahun, mereka sama ada boleh membuat tuntutan sejumlah RM300 untuk pakej peranti atau rebat pelan data bulanan RM180 selama 12 bulan manakala B40 tanpa anak di bawah 18 tahun, rebat mereka untuk pakej peranti ialah RM180 atau pelan data bulanan RM120 selama 12 bulan.
Pendaftaran untuk Jaringan Prihatin akan dibuka dari 5 Mei-31 Julai, 2021. Penerima yang layak boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan mereka dan menyertai mana-mana pelan yang diiktiraf di bawah program ini.
Maklumat lanjut mengenai Jaringan Prihatin, boleh layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
Tengku Zafrul berkata kerajaan menyedari masih ramai rakyat tidak mempunyai akses Internet yang menyeluruh sama ada dari segi ketersediaan mahupun kemampuan,terutamanya dalam kalangan golongan rentan dan B40. - Gambar fail
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
MCMC dedah cubaan menipu guna nama Jaringan Prihatin
MCMC mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan panggilan atau SMS yang diterima daripada pihak tidak dikenali dan mencurigakan.
Yoodo tawar pelan data internet 80GB sebulan serendah RM5
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 telah menunjukkan penggunaan internet harian meningkat dengan ketara.
Bursa Malaysia teruskan kerugian untuk dibuka lemah pagi ini
Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI menyusut 5.13 mata kepada 1,570.54 daripada 1,575.67 pada penutupan urus niaga petang Rabu.
Jaringan Prihatin sebahagian agenda keterangkuman digital, ringan beban 8.4 juta penerima BPR
Program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merupakan sebahagian daripada agenda keterangkuman digital negara.
Jaringan Prihatin: RM3.5b bantu B40 miliki telefon pintar, data bulanan - Perdana Menteri
Program Jaringan Prihatin bagi memastikan golongan B40 tidak ketinggalan oleh arus teknologi, sewaktu pandemik COVID-19.