JOHOR BAHRU: Pencemaran buih putih yang dikesan di Sungai Skudai tidak menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, penemuan ketulan buih-buih putih yang penuh dilaporkan terjadi di sekitar Jambatan Jalan Bukit Impian, di Taman Impian Emas dan di Sungai Skudai, semalam.
Katanya pihaknya bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat tinjauan di kawasan tersebut pagi tadi mendapati tiada lagi buih di kesan di lokasi terbabit (berdekatan jambatan Taman Impian Emas).
"Persampelan kualiti air sungai di LRA Sultan Ismail mendapati tahap kualiti air adalah normal dengan bacaan Oksigen Terlarut (DO) adalah 4.95 dan pH adalah 7.
"Pihak pengurusan LRA Sultan Ismail yang turut berada di lokasi kejadian memaklumkan pencemaran buih yang berlaku tidak menjejaskan operasi loji tersebut.
"Saya dan JAS Johor akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca pencemaran terutamanya di premis-premis yang beroperasi di sepanjang Sungai Skudai yang juga berpotensi menyebabkan pencemaran sungai berbuih," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Raven Kumar berkata orang ramai boleh melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol di talian 1-800-88-2727 dan atau melalui e-aduan di [email protected].
Sebelum ini, tular satu video di laman Facebook berkenaan penemuan ketulan buih-buih putih yang penuh di sekitar Jambatan Jalan Bukit Impian, Taman Impian Emas, dan fenomena ketulan buih putih di Sungai Skudai.
Video berdurasi 1 minit 18 saat itu memaparkan ketulan besar buih bergerak memenuhi hampir separuh bahagian sungai terbabit.
Siti Nur Aqilla Omar
Mon May 09 2022

Pencemaran buih putih yang dikesan di Sungai Skudai tidak menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail. - Foto media sosial

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Pencemaran bau: JAS Johor kesan gas ammonia di Sungai Pandan
Bacaan itu kembali normal menerusi pemantauan kualiti udara yang dijalankan pada 1.10 pagi tadi.

Jerebu: JAS Johor aktif ronda kawasan berpotensi pembakaran terbuka
Rondaan dilakukan setiap hari terutama di kawasan tanah gambut yang sukar untuk dipadam sekiranya berlaku kebakaran.

JAS Johor siasat buih putih di Sungai Skudai, tidak jejas LRA
Pencemaran buih putih yang dikesan di Sungai Skudai tidak menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail.