BUTTERWORTH: Sebuah kontena yang membawa masuk bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dari Amerika Syarikat (AS) yang ingin dilupuskan secara haram di negara ini diarah pulang ke negara asal.
Arahan tersebut dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang selepas mendapati 'e-waste' berkenaan dibawa masuk tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu.
Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pemeriksaan di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada Khamis dijalankan bersama Unit Collaborated Border Management (CBM) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak SIRIM QAS International Berhad Pulau Pinang dan Pegawai Pelabuhan NBCT.
Beliau berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati pihak pengimport membuat pengisytiharan (manifest) palsu di mana sisa ‘e -waste’ diikrar sebagai 'aluminium aloy'.
"Selepas pemeriksaan dibuat, pihaknya mendapati kontena 40 kaki itu membawa muatan buangan sekerap daripada papan litar bercetak (PCB), pemacu cakera dalaman (internal hard disk drive) CPU dan lain-lain komponen elektronik yang dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW 110 (e-waste) Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini
Mengulas lanjut, Sharifah Zakiah berkata, pengimportan haram buangan elektrik dan elektronik atau e-waste dari luar negara adalah menyalahi undang-undang dan konvensyen antarabangsa (Konvensyen Basel).
"Sehubungan itu, JAS mengeluarkan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kepada pihak pengimport untuk pemulangan kontena terbabit ke negara asal. Kegagalan pihak pengimport untuk mematuhi arahan boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan mahkamah ," jelas beliau.
Sekiranya gagal berbuat demikian, pengimport boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Seksyen 34B iaitu di denda RM 500,000 dan mandatori penjara maksimum lima tahun.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pelupusan serta pemprosesan secara haram boleh memberikan implikasi negatif kepada alam sekitar dan kesihatan terutama apabila majoritinya mungkin dihantar ke premis-premis tidak berlesen untuk dibuat pemprosesan secara haram atau lebih buruk jika dilupus secara dibakar atau ditanam.
"Pemprosesan secara haram tanpa alat kawalan boleh menyebabkan pelepasan bahan kimia merbahaya termasuk logam-logam berat yang mencemar tanah, air dan udara.
“Sisa elektrik dan elektronik yang dihasilkan di Malaysia perlu dihantar dan diproses hanya di premis-premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja," tegas Sharifah Zakiah.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Dec 08 2022
Sebuah kontena yang membawa masuk bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dari Amerika Syarikat (AS) yang ingin dilupuskan secara haram di negara ini diarah pulang ke negara asal. - Gambar ihsan JAS
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia, bukan format kementerian - Pengerusi Eksekutif QI Group
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif QI Group, Datuk Seri Vijay Eswaran berkata graduan perlu dipersiapkan dengan kemahiran untuk berdepan dengan pasaran kerja berdasarkan realiti semasa. Menurutnya, ini bermakna format silibus tersebut tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan lapuk yang berpaksikan kepada kehendak kementerian semata-mata. #AgendaAWANI
Millenial, Gen Z ada kelebihan adaptasi dalam pasaran kerja semasa – Pengerusi Eksekutif QI Group
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif QI Group, Datuk Seri Vijay Eswaran berkata generasi millenial dan Generasi Z mempunyai kelebihan untuk menyerlah dalam pasaran kerja semasa. Jelasnya, ia bergantung kepada keupayaan generasi ini untuk beradaptasi lebih pantas dengan perubahan global. #AgendaAWANI
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Ketua Jabatan Dasar dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff berkata caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah. Jelasnya, simulasi yang dijalankan tabung itu menunjukkan seorang pekerja dengan gaji minimum RM1,700 juga boleh mencapai simpanan RM1 juta menjelang usia persaraan. #AgendaAWANI
RIA naikkan lantai Simpanan Asas, jamin kehidupan selepas bersara - KWSP
Ketua Jabatan Dasar dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff berkata KWSP akan melaksanakan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) bermula pada tahun 2026. Jelasnya, dasar ini akan meningkatkan lantai Simpanan Asas kepada RM390,000 berbanding RM240,000 untuk memastikan simpanan mencukupi sepanjang kehidupan selepas bersara. #AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Suspek keenam pukul OKU direman tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Belanjawanku Guide 2024/2025 and RIA Framework
Nina Rozman speaks to Balqais Yusof, Head Policy and Strategy Department EPF on how can Malaysians use the Belanjawanku Guide 2024/2025 and RIA Framework to practise financial planning to reach their retirement goals. Watch Agenda AWANI 9 pm tonight.
#AWANIRingkas 21 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Januari 2025
1️⃣ Suspek keenam pukul OKU direman tiga hari
2️⃣ Lima lagi barangan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan
3️⃣ SPRM beku 98 akaun syarikat, individu bernilai RM22 juta
#awaniringkas
1️⃣ Suspek keenam pukul OKU direman tiga hari
2️⃣ Lima lagi barangan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan
3️⃣ SPRM beku 98 akaun syarikat, individu bernilai RM22 juta
#awaniringkas
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua
Pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan straight set 21-13, 23-21.
[INFOGRAFIK] Pelan Hari Pertama Trump Kembali Ke White House
Berikut adalah info berkenaan dengan pelan hari pertama Trump kembali ke White House.
10 maut, 32 cedera dalam kebakaran hotel di Turkiye
Insiden kebakaran di sebuah resort ski terkemuka di Turkiye pada Selasa mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang manakala 32 yang lain cedera, lapor Kementerian Dalam Negeri. Media tempatan melaporkan, kejadian menggemparkan di Resort Kartalkaya itu melibatkan Hotel Grand Kartal yang memiliki 12 tingkat. Kebakaran tersebut antara lain mudah merebak berikutan kemasan struktur bangunan yang banyak menggunakan material kayu.
JAS P. Pinang arah kontena bawa e-waste haram dari AS dihantar pulang
Pemeriksaan mendapati pengimport membuat pengisytiharan palsu di mana sisa e -waste diikrar sebagai 'aluminium aloy'.