PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan pengimportan sisa elektronik (e-sisa) bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan tempat transit atau pelupusan e-sisa dari negara maju.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sejak Januari hingga November lepas, sebanyak 31 daripada 59 kontena yang ditahan JAS dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dikenal pasti membawa barang dagangan e-sisa tanpa kelulusan.
JAS mengeluarkan 18 Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi mengarahkan kontena-kontena tersebut dipulangkan semula ke negara asal kerana membawa barang dagangan berisi e-sisa tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu.
"Sehingga kini, sebanyak 19 kontena dipulangkan semula ke negara asal seperti Amerika Syarikat, Sepanyol, Australia, Belgium dan Jepun," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mengadakan pemeriksaan operasi membanteras dagangan e-sisa di Port Klang, Selangor hari ini.
Berdasarkan Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya, semua pergerakan rentas sempadan buangan terjadual seperti e-sisa perlu mempunyai kelulusan terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti transit, transhipment, import dan eksport dijalankan.
Nik Nazmi berkata berdasarkan maklumat JKDM, tiga kontena lain yang diperiksa di Pelabuhan Barat, Klang pada 8 Dis lepas juga didapati mengandungi bahan buangan yang diimport dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.
"Bahan buangan itu ialah perkakasan komputer terpakai berserta wayar yang dikategorikan sebagai buangan elektrik dan elektronik (SW 110) atau e-sisa.
"Pemeriksaan mendapati pengimport telah mengikrar bahan dagangan sebagai skrap aluminium bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya menambah Notis Arahan akan dikeluarkan kepada syarikat pengimport untuk memulangkan kontena-kontena tersebut ke negara asal.
Beliau berkata tindakan tegas akan diambil ke atas pengimport yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan termasuklah menghantar balik kontena e-sisa import tersebut ke negara asal selaras dengan Artikel 9, Konvensyen Basel.
"Malaysia mempunyai hubungan yang baik dan erat dalam kalangan ahli Konvensyen Basel dalam membanteras aktiviti pengimportan haram buangan terjadual rentas sempadan.
"Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang cubaan oleh mana-mana agen, syarikat perkapalan yang mengimport sebarang e-sisa ke Malaysia akan berdepan dengan tindakan tegas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Nik Nazmi berkata sejak Januari hingga November lepas, sebanyak 31 daripada 59 kontena yang ditahan JAS dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dikenal pasti membawa barang dagangan e-sisa tanpa kelulusan. - Gambar fail

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.
AWANI Pagi: Refugees in ASEAN, a shared responsibility
Refugees across Southeast Asia face uncertain futures, with no unified ASEAN policy to protect them. How should the region respond? What can be done to ensure their rights and dignity are upheld? Join us with Dr. Aslam Abdul Jalil from Universiti Malaya as we explore the challenges, policies, and future of refugees in ASEAN. Are we doing enough, or is it time for a stronger collective effort?

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

UEM Sunrise dan firma Singapura, GuocoLand laksana pembangunan dengan GDV RM45 bilion di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad buat julung kalinya menjalinkan kerjasama strategik dengan kumpulan hartanah ternama dari Singapura, GuocoLand Limited bagi membangunkan bersama bank tanah terpilih.

Pola cuaca buruk akan beri tekanan kepada pengeluaran makanan Malaysia - Mohamad Sabu
Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan Malaysia, dengan corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian.

Bilik kebal 'hari kiamat': Malaysia sumbang benih padi, terung dan kacang panjang
Malaysia berjaya menempatkan benih warisan dan varieti tradisional di Svalbard Global Seed Vault (SGSV) yang terletak di Pulau Longyearbyen, Norway.

Produk disahkan halal tiga badan pensijilan halal tidak dibenar masuk Malaysia - JAKIM
Larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan dan pembetulan terhadap kesilapan mereka seperti dikehendaki JAKIM.

CGS Malaysia tawar kontrak niaga hadapan kripto CME pertama di Malaysia
CGS International Futures Malaysia mengumumkan pelancaran kontrak niaga hadapan kripto CME pertama yang boleh diakses secara terbuka di Malaysia.

Tujuh inisiatif Alibaba Cloud untuk memacu agenda AI Malaysia
Alibaba Cloud memperkenalkan model, penyelesaian, dan penawaran infrastruktur kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan pada Hari Teknologi AI sulungnya di Malaysia.

Pengiktirafan halal, luaskan pasaran produk Baba’s
Pengiktirafan sijil halal ke atas produk Baba's bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pengguna tetapi turut membuka peluang lebih luas bagi syarikat itu meneroka pasaran baharu.

Malaysia optimis ASEAN muktamad perjanjian ATIGA menjelang Mac
Malaysia optimis penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) akan dipersetujui dan diluluskan oleh kesemua negara anggotanya bulan hadapan.