PORT DICKSON: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menyiasat longgokan buangan separa pepejal berwarna hitam di dalam guni yang dibuang secara haram di tebing Sungai Linggi di Kampung Barisan di sini pada Isnin.
Pengarah JAS Negeri Sembilan, Azuri Azizah Saedon berkata, siasatan mendapati terdapat enam longgokan bahan buangan yang disyaki buangan terjadual yang dilupuskan secara haram di kawasan itu iaitu enap cemar jenis minyak dan habuk kayu beserta pasir tercemar dengan minyak yang diletakkan di dua lokasi.
"Terdapat sebuah tasik yang terletak 100 meter dari lokasi pertama dan 30 meter dari lokasi kedua.
"Kawasan kediaman terdekat adalah pada jarak satu kilometer, namun tiada air buangan yang dikesan mengalir ke tasik atau sungai berdekatan," katanya dalam kenyataan kepada media pada Isnin.
Menurutnya, enam sampel telah diambil untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000.
"Saya berterima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat tentang kes ini.
"Saya memberi amaran keras kepada penjenayah alam sekitar dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap tindakan keji mereka," katanya.
Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi talian bebas tol 1-800- 88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 01 2022

Longgokan bahan buangan yang disyaki buangan terjadual. -Foto Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.

Paras air naik di beberapa sungai di lima negeri
Setakat 6.30 pagi ini, sebatang sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Linggi di Negeri Sembilan.

Mayat lelaki terapung, polis sahkan tiada unsur jenayah
Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum pada Khamis lepas, tiada unsur jenayah.

Mayat Syafiq Mustaqim dijumpai terapung dalam kolam takungan air
Mohammad Syafiq Mustaqim ditemui terapung di dalam kolam takungan air Taman Arowana iaitu kira-kira 1.2 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas diperluas hingga ke Sungai Linggi
Pencarian Mohammad Syafiq yang ditangguh pada pukul 3.30 pagi disambung semula sekitar 7.40 pagi tadi.

Kerja tambak tebing sungai selesai, bekalan air di PD, Seremban pulih Rabu ini
Penduduk di kawasan Seremban dan Port Dickson dijangka menerima bekalan air terawat selewat-lewatnya Rabu ini secara berperingkat.

Melaka teroka sumber air baharu tangani isu gangguan bekalan
Ia termasuk memanfaatkan air mentah dari Sungai Linggi di Alor Gajah dan kajian terperinci bersama Badan Kawal Selia Air sedang dilakukan agar ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Ternakan lokan bakal jadi produk pelancongan di Melaka
Ternakan lokan di Sungai Linggi, Alor Gajah akan dijadikan tarikan baharu di kawasan tersebut bagi meningkatkan lagi kedatangan pelancong.