RAWANG:Program Gotong Royong Membina Denai@Sungai Gong di Rawang, Selangor yang dijalankan hari ini membawa kepada penemuan sisa klinikal di tebing sungai itu yang disyaki daripada sebuah klinik haiwan swasta berhampiran.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Norlin Jaafar yang menemui sisa itu semasa menyertai program berkenaan berkata sisa klinikal itu bukan sahaja mencemarkan sungai malah ia juga boleh membawa risiko penyakit berjangkit kepada masyarakat setempat.
Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, iaitu mana-mana orang yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000.
"JAS mengesyaki klinik berhampiran dengan tebing sungai ini dan saya telah mengarahkan JAS Selangor mengambil bahan bukti untuk dihantar ke Jabatan Kimia supaya siasatan dapat dilakukan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pesalah," katanya kepada media semasa Program Gotong Royong Membina Denai@Sungai Gong, Rawang, Selangor di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang ketika ditemui dalam program itu berkata gotong-royong hari ini melibatkan pembinaan satu denai sepanjang 1.4km secara manual untuk mengawal pencemaran sungai.
"Gotong-royong pembinaan denai hari ini melibatkan 250 peserta di kawasan rizab sungai, akan membawa kebaikan iatu mendekatkan masyarakat kepada sumber air dan bersama memantau ekosistem sungai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 03 2020

GAMBAR FAIL: Keadaan semasa Sungai Gong selepas mengalami insiden pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang pada 5 September lalu. - BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

JAS temui sisa klinikal klinik haiwan di Sungai Gong, mahu siasat dan ambil tindakan
Menurut JAS, sisa klinikal itu bukan sahaja mencemarkan sungai malah ia juga boleh membawa risiko penyakit berjangkit kepada masyarakat setempat.