KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, matlamat J-KOM adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.
"Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan 'penghakupayaan komuniti'," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
BACA: Jasa atau rakyat? Ahli Parlimen persoal peruntukan RM85.5 juta ketika musibah COVID-19
BACA: JASA bukan 'cybertrooper' - Ahli Parlimen
BACA: "JASA pengampu, tukang karut" - Akmal Nasir
Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsi J-KOM juga berbeza dengan Jabatan Penerangan (Japen) kerana tugas utama J-KOM pada waktu ini adalah melaksanakan komunikasi strategik membudayakan normal baharu susulan pandemik COVID-19.
Japen pula, katanya, bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi.
Katanya, fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindan dengan agensi lain di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan.
Bagi menjawab celahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai dakwaan jabatan itu merupakan ejen penyebar propaganda, Saifuddin memberi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda selain menegaskan ketua pengarah serta timbalannya tidak akan dilantik dalam kalangan orang politik.
"Saya bagi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda. Proses (lantikan) mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada kriteria dan kriteria utama merupakan celik IT.
"Saya beri jaminan ketua pengarah dan timbalan (ketua) pengarah tidak akan dilantik daripada orang politik, ia harus kombinasi (golongan) profesional dan pegawai tadbir yang baik serta bersahsiah tinggi," katanya.
Beliau berkata lantikan itu harus melalui proses permohonan dan temu duga yang telus mengikut lunas peraturan yang ditetapkan JPA.
Mengulas mengenai peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu yang disifatkan terlalu tinggi, Saifuddin tanpa mendedahkan jumlah itu memberi bayangan peruntukan itu akan dikurangkan.
Katanya, pengurangan peruntukan itu boleh dibuat berikutan peruntukan J-KOM berdasarkan jumlah daerah dan bukannya peruntukan mengikut jumlah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020

Saifuddin Abdullah turut memberi bayangan peruntukan RM85.5 juta kepada Jasa akan dikurangkan. - Gambar BERNAMA

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Jasa Samy Vellu akan terus diingati masyarakat negara ini - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jasa bekas Presiden MIC, Dr S Samy Vellu akan terus diingati masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum.

Jasa Najib kepada UMNO, negara tidak boleh dinafikan - Mahdzir Khalid
Jasa dan khidmat bakti Datuk Seri Najib Tun Razak kepada parti UMNO dan negara tidak boleh dinafikan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Belanjawan 2021: Anwar simpati kepada Tengku Zafrul kerana jadi mangsa orang politik
Anwar anggap JASA dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) hanyalah alat propaganda demi kepentingan politik pihak tertentu.

Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula
Jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.

'Kuala Lumpur dahulu umpama padang jarak padang tekukur'
Jasa Yap Ah Loy dalam membangunkan Kuala Lumpur daripada kawasan penempatan perlombongan bijih timah selepas perang saudara Selangor juga disebut Perang Klang pada awal 1870an tidak harus dilupakan.

JASA akan beri penerangan isu dana RM2.6 bilion dan 1MDB kepada mahasiswa
Kerajaan akan terus memberi penjelasan mengenai sumbangan dana RM2.6 bilion dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada mahasiswa di seluruh negara.

'Wang di akaun Najib adalah hak dan rahsia peribadinya' - Tun Faisal
Wang di dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan hak dan rahsia peribadi Perdana Menteri itu sendiri.

1MDB: 'Muhyiddin perlu lebih percaya jentera kerajaan' - Lokman Adam
Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta lebih bersimpati dan menyokong usaha menerangkan isu yang dibuat jentera Kerajaan terhadap 1MDB berbanding The Edge.

Melayu jangan terpedaya dengan janji manis Kit Siang - Tajuddin
Orang Melayu dan Islam diminta tidak mudah terpedaya dengan apa juga alasan serta pujukan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang untuk menyertai parti itu.

Rakyat keliru kaedah baharu pengiraan hutang negara, kata Puad Zarkashi
Rakyat tidak memahami sepenuhnya kaedah baharu pengiraan hutang negara yang mula dilaksanakan sejak 2014, menyebabkan mereka mudah dikelirukan pihak yang cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan.