KULIM: Jasa dan sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkembang sejak 1987 tidak pernah dilupakan badan berkenaan, lebih-lebih lagi dalam membantu golongan wanita keluar daripada kepompong kemiskinan.
Mengimbau sejarah AIM di hadapan lebih 8,000 Sahabat Usahawan AIM Wilayah Kedah dan Pulau Pinang semalam, Pemangku Pengerusi Lembaga AIM Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid berkata, Anwar menjadi antara individu terawal yang banyak membantu AIM ketika ia "mula-mula bertatih".
"Ketika tiada mana-mana institusi kewangan pun yang sudi menerima kami. Hatta bank pun tidak sanggup bekerjasama dengan kami, atas alasan mampukah golongan kurang mampu ini membayar balik pembiayaan yang diberi.
Tetapi tuan-tuan dan sahabat-sahabat sekalian, Datuk Seri Anwar inilah yang sanggup menghulurkan tangan, mengambil inisiatif dalam penubuhan Tabung Ikhtiar bagi memastikan kejayaan penubuhan AIM," katanya berucap pada Karnival Sahabat Usahawan AIM yang turut dihadiri Anwar.
Syed Hussian berkata, Anwar yang melancarkan Tabung Ikhtiar kemudian menggerakkannya sendiri dengan memohon sumbangan dan dana sama ada daripada orang perseorangan, mahupun syarikat korporat.
Katanya ia dilakukan sendiri Anwar tanpa ada sedikit pun rasa prejudis mengenai kemampuan golongan miskin untuk membayar balik pinjaman.
"Dengan dana dari Tabung Ikhtiar inilah AIM mengeluarkan pembiayaan kepada wanita-wanita yang dihimpit kemiskinan hidup. Wanita-wanita yang mahu keluar dari kepompong kemiskinan dan ibu-ibu yang mahu memastikan anak-anak mereka dapat bersekolah dengan baik.
"Melalui usaha Datuk Seri Anwar ini akhirnya wanita-wanita ini menjadi Sahabat AIM dan berupaya memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk menjana pendapatan keluarga," katanya.
Terdahulu Anwar dalam ucapan perasmiannya berkata, AIM amat istimewa di hatinya, sambil mengimbas kenangan pernah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada agensi itu pada 1990-an ketika menjadi Menteri Kewangan.
Sehubungan itu Syed Hussian berkata tiada siapa pun yang boleh menafikan bahawa dengan usaha Anwar, akhirnya AIM boleh berkembang dan mendapat banyak pengiktirafan.
"Sesungguhnya, pemimpin yang ada di hadapan kita ini telah mendedikasikan hidup beliau dalam usaha membasmi kemiskinan sejak dari zaman mahasiswa hinggalah ke hari ini. Tidak pernah luntur.
"Perjuangan Datuk Seri Anwar untuk menoktahkan kemiskinan adalah konsisten sejak dari dahulu lagi. Dan penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia yang kita banggakan hari ini, adalah manifestasi, komitmen dan kesungguhan beliau dalam menoktahkan kemiskinan di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Anwar bersama Syed Hussian (kiri) hadir pada Karnival Sahabat Usahawan AIM di MBI Multi Function Convention Center Kampung Sungai Karangan, Kulim, 15 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

AIM catat pencapaian membanggakan, wajar dicontohi agensi KUSKOP
AIM juga berjaya mencatat peratus bayaran balik pinjaman yang terbaik iaitu pada kadar 99.91 peratus.

Kerajaan rangka program besar, lebih baik bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat - PM Anwar
Kerajaan sedang merangka untuk melaksanakan program yang besar dan lebih baik bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat dalam Belanjawan MADANI kedua pada Oktober nanti.

Jasa, sumbangan Anwar bantu Amanah Ikhtiar Malaysia tidak pernah dilupakan
Syed Hussian berkata, Anwar menjadi antara individu terawal yang banyak membantu AIM ketika ia "mula-mula bertatih".

Anwar umum peruntukan RM10 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia
Ia merupakan peruntukan awal untuk AIM sebelum tumpuan lebih khusus kepada agensi itu diberikan dalam Belanjawan MADANI 2024.

Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

AIM ungguli anugerah transaksi MyDebit tertinggi sektor kerajaan
Ia sempena Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran (MEEA 2022) yang diadakan di ibu kota petang tadi.

Majlis korban pertama AIM di luar Kuala Lumpur
Buat pertama kalinya, Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diadakan di luar Kuala Lumpur.

Banjir Baling: AIM serahkan bantuan, laksana moratorium bersasar enam bulan
Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM memberikan moratorium bersasar selama enam bulan kepada Sahabat yang terjejas banjir.

AIM terima pengiktirafan antarabangsa Institusi Mikrokredit Terbaik
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merangkul anugerah sebagai Institusi Mikrokredit (Islamik) Terbaik bagi tahun 2020 dan 2021.

Dewan Rakyat: AIM tidak pernah dikorporatkan - Noh Omar
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menegaskan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tidak pernah dikorporatkan.