KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Sabah Datuk Samsudin Yahya yang meninggal dunia petang tadi.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri mendoakan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.
"Jasa dan sumbangan beliau kepada pembangunan di DUN Sekong dan juga negara akan sentiasa dikenang dan dihargai.
"Mewakili seluruh Keluarga Malaysia, saya mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah," katanya.
Difahamkan Samsudin, 67, tidak sedarkan diri dalam penerbangan ke Kota Kinabalu yang berlepas dari Kuala Lumpur apda kira-kira 2 petang dan punca kematian belum dipastikan.
Allahyarham dipilih sebagai ADUN Sekong selama empat penggal sejak 2004 selepas memenangi kerusi itu atas tiket Barisan Nasional dan merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi bagi penggal 2013-2016.
Samsudin meninggalkan seorang isteri dan empat anak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Difahamkan Samsudin, 67, tidak sedarkan diri dalam penerbangan ke Kota Kinabalu yang berlepas dari Kuala Lumpur apda kira-kira 2 petang dan punca kematian belum dipastikan. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Jasa, sumbangan Samsudin di DUN Sekong sentiasa dihargai - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas ADUN Sekong, Sabah Datuk Samsudin Yahya yang meninggal dunia petang tadi.