SELEPAS 14 hari dilaporkan hilang di Sungai Aare, anak kepada Gabenor Jawa Barat, Emmeril Kahn Mumtadz ditemukan oleh pihak polis Switzerland pada Khamis.
Menurut polis, pihaknya menemui jasad Emmeril atau lebih dikenali dengan panggilan Eril pada jam 6.05 pagi Rabu (waktu tempatan) di kawasan empangan Engehalde.
Penemuan itu ternyata membawa kelegaan kepada Ridwan Kamil yang bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan buatnya untuk memeluk, membelai, memandikan jenazah anaknya.
Bahkan, dia bersyukur kerana dapat mengazankan dengan sempurna azan di telinga anaknya itu - persis seperti ketika Eril lahir.
BACA: Anak Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil gagal ditemui selepas hanyut di sungai Switzerland
BACA: "Ril, mama pulang dulu ya..." - Nukilan pilu ibu Eril yang lemas di Switzerland
Menerusi laman Instagramnya, Ridwan meluahkan segala yang terbuku di hati sejak kehilangan anaknya pada 26 Mei lepas.
“Masya Allah…
“Walau sudah lewat (melepasi) 14 hari, jasadnya masih utuh lengkap tidak kurang satu apapun, wajah rapih menengok ke kanan dan saya bersaksi, jasad Eril wangi seperti wangi daun eucalyptus.
“Sungguh mukjizat kecil yang sangat kami syukuri. Maha Besar Allah, atas izinMu, selama 14 hari sungai Aare benar-benar melindungi dan mensucikan jasadnya dari marabahaya.
“Hai Eril, saatnya kamu pulang ke tanah air, untuk menghaturkan terima kasih kepada jutaan yang mendoakanmu,” tulis beliau di laman Instagramnya pada Jumaat.
Ridwan juga sempat memuat naik ‘story’ di laman sosial itu, berkongsikan gambarnya di hadapan hospital di Bern, Switzerland.
“Alhamdulillah, di Rumah Sakit Bern, sesaat setelah memandikan jenazah Eril.
“Penjelasan ilmiah kenapa jasadnya utuh:
“Sungai Aare yang sedingin kulkas (peti ais) dan minim fauna (kurang haiwan), membuat jasadnya terjaga setengah membeku sehingga tetap utuh lengkap walau berada di dasar sungai selama 14 hari,” tulis beliau.
BACA: Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil reda, terima pemergian anak yang lemas di Switzerland
Sementara itu, dalam status dimuat naik sebelum itu, Ridwan memaklumkan jenazah anaknya itu dijangka tiba di Indonesia hujung minggu ini dan dikebumikan pada Isnin.
Eril dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang di Sungai Aare pada 26 Mei lepas.
Jurucakap polis, Joel Regli dipetik agensi AP sebagai berkata, Eril dipercayai hilang sewaktu sedang berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra, dan teman mereka, di sungai berkenaan, yang terletak beberapa ratus meter ke hulu dari pusat bandar.
Anak sulung Ridwan itu berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institusi pendidikan bagi melanjutkan pendidikannya sehingga ke tahap sarjana.
Astro Awani
Fri Jun 10 2022
!['Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil 'Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654844754_TBeril.jpg)
Ridwan juga sempat memuat naik story di laman sosial itu, berkongsikan gambarnya di hadapan hospital di Bern, Switzerland selepas beliau selesai memandikan jenazah anaknya itu. - Foto Instagram/ridwankamil
Hubungan Malaysia-Turkiye: Beri tumpuan kepada pembangunan PKS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Negeri Türkiye (DEİK) memberi tumpuan kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
![Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.
AWANI Borneo [11/2/2025] – Pasca Banjir | Projek RM8.66 Bilion | Konvensyen PBB
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739273973_Zaquanartis.jpg)
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
![Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739272475_SuamiIsteriSelama.jpg)
Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat
Mangsa kejadian tembak di Simpang Renggam semalam, nekad mengejar suspek yang menaiki Perodua Bezza demi mendapatkan nombor pendaftaran.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Bekas Gabenor Jawa Barat diisytihar calon Gabenor Jakarta Bekas Gabenor Jawa Barat diisytihar calon Gabenor Jakarta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724114315_RidwanKamilSuswon.jpg)
Bekas Gabenor Jawa Barat diisytihar calon Gabenor Jakarta
Ridwan Kamil akan bertanding dalam pemilihan itu bersama-sama ahli Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Suswono.
![Duta Besar Malaysia buat kunjungan hormat ke atas Gabenor Jawa Barat Duta Besar Malaysia buat kunjungan hormat ke atas Gabenor Jawa Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691529205_KunjunganHormat.jpg)
Duta Besar Malaysia buat kunjungan hormat ke atas Gabenor Jawa Barat
Syed Hasrin menyampaikan hasrat untuk mengembangkan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia khususnya dengan Jawa Barat.
![Kami ikhlas lepaskan Eril - Ridwan Kamil Kami ikhlas lepaskan Eril - Ridwan Kamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655116785_eril.jpg)
"Kami ikhlas lepaskan Eril" - Ridwan Kamil
"Kami bersyukur dianugerahi putera yang dalam hidupnya bahkan dalam pulangnya masih mendatangkan cinta kepada kami sang orang tua."
![Jika mahu bunga indah di syurga, taburlah berjuta kebaikan di dunia - Emmeril Jika mahu bunga indah di syurga, taburlah berjuta kebaikan di dunia - Emmeril](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655094553_FilosofiHidupEril.jpg)
"Jika mahu bunga indah di syurga, taburlah berjuta kebaikan di dunia" - Emmeril
Ayah mana yang tidak sedih untuk menghantar anak ke negeri abadi.
![Jenazah Eril, anak Gabenor Indonesia tiba di Jakarta, disemadikan esok Jenazah Eril, anak Gabenor Indonesia tiba di Jakarta, disemadikan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654784677_EmmerilKahnMumtadz.jpg)
Jenazah Eril, anak Gabenor Indonesia tiba di Jakarta, disemadikan esok
Media tempatan melaporkan Emmeril akan dikebumikan di tanah milik keluarga di Cimaung, Bandung, pada pagi Isnin.
!['Danke, Mrs Geraldine Beldi' - Wanita temukan jasad Eril terima penghargaan 'Danke, Mrs Geraldine Beldi' - Wanita temukan jasad Eril terima penghargaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654916199_GERALDINEBELDI.jpg)
'Danke, Mrs Geraldine Beldi' - Wanita temukan jasad Eril terima penghargaan
Geraldine Beldi, menjadi bualan ramai selepas beliau dipercayai individu pertama yang menemukan jasad anak kepada Gabenor Jawa Barat, Emmeril Kahn Mumtadz atau Eril.
!['Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil 'Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654844754_TBeril.jpg)
'Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil
Ridwan bersyukur kerana dapat mengazankan dengan sempurna azan di telinga anaknya itu - persis seperti ketika Eril lahir.
![Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil reda, terima pemergian anak yang lemas di Switzerland Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil reda, terima pemergian anak yang lemas di Switzerland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654232825_Eril.jpg)
Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil reda, terima pemergian anak yang lemas di Switzerland
Perkara itu disampaikan abang kepada Ridwan, Erwin Muniruzaman dalam sidang media di Gedung Pakuang, Bandung pada Jumaat.
![Anak Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil gagal ditemui selepas hanyut di sungai Switzerland Anak Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil gagal ditemui selepas hanyut di sungai Switzerland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653727109_TBKHAN.jpg)
Anak Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil gagal ditemui selepas hanyut di sungai Switzerland
Eril dipercayai hilang pada pagi Khamis sewaktu sedang berenang di Sungai Aare bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra, dan teman mereka.
![Ceritalah ASEAN - Jawa Barat: Suatu petanda pilihan raya? Ceritalah ASEAN - Jawa Barat: Suatu petanda pilihan raya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71530148491_JabbarelectionIn.jpg)
Ceritalah ASEAN - Jawa Barat: Suatu petanda pilihan raya?
Pertandingan untuk jawatan gabenor adalah sebahagian daripada pusingan pilihan raya wilayah, daerah dan bandar di seluruh negara yang akan melibatkan lebih daripada separuh penduduk republik itu.