IPOH: Jasad Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi di Singapura pada Rabu disemadikan dengan cara dibakar di Krematorium Buntong, di sini, Jumaat.
Jasad mendiang dibawa dari kediaman keluarganya di Taman Indah, Tanjung Rambutan dengan menaiki van dan tiba di krematorium itu kira-kira jam 4 petang.
Suasana hiba menyelubungi kawasan berkenaan apabila ahli keluarga dan kenalan mendiang yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir, tidak dapat menahan kesedihan sejurus melihat jasad mendiang.
Terdahulu, upacara keagamaan berlangsung selama sejam yang turut diiringi dengan pukulan gendang sebagai memulakan upacara.
BACA: Nagaenthran jalani hukuman gantung awal pagi tadi
BACA: Nagaenthran jalani hukuman gantung: Ini apa yang perlu diketahui
Jasad Nagaenthran kemudiannya dibawa ke pusat pembakaran untuk proses persemadian mengikut cara dibakar pada jam 5 petang.
Rabu lalu, jasad Nagaenthran dituntut adiknya Navin Kumar, 22, di Penjara Changi dan dibawa dari Johor Bahru, Johor ke Ipoh, Perak dengan menaiki van.
Pada Selasa, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan Panchalai untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.
Nagaenthran, 34, dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72 gram heroin pada 2009 ke Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.
Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia positif COVID-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.
Amirrul Rabbani
Fri Apr 29 2022
Jasad Nagaenthran dibawa ke pusat pembakaran untuk proses persemadian mengikut cara dibakar pada jam 5 petang. - Foto BERNAMA
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Jasad Nagaenthran yang dihukum gantung di Singapura selamat disemadikan
Jasad Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman mati di Penjara Changi di Singapura pada Rabu disemadikan di Krematorium Buntong.
Hukuman gantung Nagaenthran: MIC gesa Presiden Singapura beri pengampunan
Hari ini kira-kira 200 briged Pemuda MIC berhimpun di hadapan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak menyerahkan memorandum.
Hukuman gantung Nagaenthran: Kumpulan hak asasi serah memorandum kepada KDN
ADPAN menyerahkan memorandum kepada KDN bagi menggesa rakyat Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam yang akan dihukum gantung sampai mati di Singapura dibawa pulang ke Malaysia meneruso ITOP.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.