Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dan berulat di bawah sebatang pokok petai di Kampung Paya Lubuh, Tanjung Kling di sini hari ini.
Mangsa, Asman Ayub, 46, dipercayai terjatuh ketika memetik petai sejak tiga hari lalu sebelum ditemui seorang penduduk kampung yang membersihkan kebun terletak bersebelahan kawasan berkenaan pada jam kira-kira 9.45 pagi tadi.
Seorang penduduk, Ramlah Osman, 63, berkata, kali terakhir dia berjumpa mangsa, pada Ahad lalu dan tidak menyangka jirannya itu ditimpa kemalangan kerana tidak menghidu bau busuk walaupun mayat ditemui hanya jarak kira-kira 20 meter dari rumahnya.
“Mangsa masih bujang dan belum berkahwin dan hanya mengharapkan pendapatan daripada hasil kerja kampung.
"Ahad lalu saya ada berjumpa dengan dia (mangsa) dan memberikan dua bungkus nasi lemak kepadanya.
"Saya terkejut bila dapat tahu orang kampung jumpa mayat dia dan masih terkenangkan kerajinan dia bantu saya membersihkan kawasan belakang rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Lubuh, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Polis Daerah Melaka Tengah, Asistan Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Siasatan awal mendapati mayat mangsa mengalamai patah tulang bahu dan dipercayai terjatuh dari tempat tinggi.
“Polis mengklasfikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sinar Harian
Fri Feb 16 2018

Kawasan di bawah pokok petai di mana mayat mangsa yang telah berulat ditemui penduduk kampung. - Foto: Sinar Harian
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Lelaki maut jatuh pokok durian
Seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari pokok durian ketinggian 30 meter di Telosan, pada Rabu.

Jatuh pokok petai, mayat ditemui sudah berulat
Mayat ditemui seorang penduduk kampung yang membersihkan kebun bersebelahan kawasan berkenaan pada jam kira-kira 9.45 pagi tadi.