ALOR SETAR: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan kini boleh bertindak segera bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menamatkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan sebelum ini.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan berkenaan adalah perkara yang paling tepat tatkala Dewan Rakyat dijangkakan dapat bersidang tidak lama lagi.
Tambahnya, kebanyakan sektor-sektor terutamanya sektor ekonomi seperti pasar tani, pasar malam yang sudah dibenarkan untuk beroperasi juga menjadi sebab mengapa darurat perlu ditamatkan lebih awal selain sesi persekolahan juga akan bermula pada 1 Mac.
Mahfuz menegaskan bahawa titah baginda yang dibuat pada Rabu juga jelas menunjukkan bahawa isu-isu melibatkan kesihatan terutama membabitkan penularan wabak COVID-19 kini sudah boleh ditangani menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
BACA: Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - Agong
Beliau turut menzahirkan harapan agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera memberi maklum balas terhadap titah tersebut, seterusnya menasihatkan Agong mengenai tarikh persidangan Parlimen.
Jelas Mahfiz, tindakan berkenaan jika tidak dilakukan segera akan menyebabkan kalangan Ahli Parlimen tidak mempunyai banyak pilihan selain berarak ke Parlimen bagi menuntut persidangan dijalankan.
"Saya bimbang Perdana Menteri tak boleh beri nasihat kerana dia tak sihat, politik dia tak sihat, bila tak sihat dia tak boleh berikan nasihat yang betul.
"Saya minta kepada Perdana Menteri (supaya) segera menyatakan respon terhadap kenyataan yang dibuat Istana Negara. Jika tidak, bagi saya tidak akan ada pilihan lain melainkan semua Ahli Parlimen kena berarak ke Parlimen untuk menuntut supaya sesi pembukaan Parlimen diadakan," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan barangan persekolahan kepada pelajar asnaf Parlimen Pokok Sena pada Khamis.
Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan pada Rabu menegaskan bahaw Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan segera menasihati Seri Paduka Baginda untuk memanggil sidang Parlimen seawal Mac seperti mana diperkenan Tuanku dalam takwim Parlimen sebelum ini.
BACA: PM perlu panggil sidang Parlimen Mac ini - PH
Kenyataan yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, itu menjelaskan PH serta majoriti Ahli Parlimen berpendirian bahawa ketika pihak Eksekutif dan Kehakiman boleh berfungsi sewaktu darurat dikuatkuasakan, Parlimen juga perlu memainkan peranan dalam tadbir urus kerajaan.
Abdul Hadi Che Awang
Thu Feb 25 2021

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan berkenaan adalah perkara yang paling tepat tatkala Dewan Rakyat dijangkakan dapat bersidang tidak lama lagi. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.

Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.

Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.

Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru

Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Peru mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang.

Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.

Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) diperuntukkan kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.

Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.