KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu mempunyai peranan lebih daripada sekadar menasihati Yang di-Pertuan Agong, mengenai kewujudan berterusan darurat, serta penamatannya.
Pegawai Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, peranan jawatankuasa ini seharusnya mencakupi aspek pengendalian prosedur operasi standard (SOP), urusan ekonomi, sehinggalah pemantauan terhadap sistem pendidikan di negara ini.
Beliau perkara, peranan yang lebih luas perlu, memandangkan sistem semak dan imbang negara tergantung seketika, apabila Parlimen tidak dapat dijalankan dalam tempoh darurat ini.
“Perlu melihat daripada segi strategi COVID-19 tentang bagaimana kerajaan mengendalikan SOP dan sebagainya daripada Majlis Keselamatan Negara. Saya rasa ini perkara pokok yang perlu mendapat liputan atau penjelasan lebih lanjut oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang masih lagi keliru tentang beberapa SOP dan sebagainya.
"Mereka juga perlu memikirkan strategi dalam mengendalikan urusan ekonomi negara. Saya rasa ekonomi merupakan aspek yang penting untuk sama-sama dilihat dalam jawatankuasa ini, khususnya pihak yang bukan daripada kerajaan,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Selain itu, Fakhrurrazi berkata, jawatankuasa tersebut perlu melihat kepada sistem semak dan imbang terhadap polisi dan dasar memandangkan Kerajaan bakal membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 tahun ini.
Terdahulu hari ini Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Selain Arifin, Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin turut dipilih menganggotai jawatankuasa tersebut.
Empat ahli Parlimen kerajaan yang dipilih menganggotai jawatankuasa ini terdiri dari Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Manakala tiga ahli Parlimen pembangkang pula adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
BACA: Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Mengulas lanjut, Fakhrurrazi berkat , perlu juga bagi jawatankuasa berkenaan memantau operasi pengagihan vaksin kepada rakyat Malaysia, bagi memastikan ia memenuhi sasaran yang ditetapkan.
Selain itu, beliau berpendapat, jawatankuasa itu perlu memikirkan tentang perancangan masa hadapan, khususnya tentang penyelidikan.
“Ini kerana kita dapat lihat berapa banyak kajian daripada UNICEF dan sebagainya tentang bagaimana sistem pendidikan itu telah menerima impak agak teruk ketika pandemik ini.
“Jadi jawatankuasa ini juga perlu fikir bagaimana kita perlu bantu atau corakan balik sistem pendidikan Malaysia yang telah mengalami satu perubahan yang radikal.
“Dari segi aspek pendekatan teknologi, pembelajaran dan kemudahan yang perlu disediakan. Pada saya lima perkara ini terlalu penting untuk jawatankuasa bebas membahaskan dan membincangkan perkara ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Feb 09 2021

Peranan yang lebih luas perlu, memandangkan sistem semak dan imbang negara tergantung seketika akibat penggantungan Parlimen. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PRU15: Perbaiki institusi Parlimen, bawa rakyat dekati politik
Penyertaan rakyat akan membawa impak yang besar untuk membantu mencorakkan kematangan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli parlimen.

Azam Baki tidak patut sekat demokrasi maklumat - Fakhrurrazi Rashid
Kenyataannya mahu mengheret pemberi maklumat ke mahkamah adalah sangat bertentangan dengan prinsip ketelusan.

Cari kekuatan pemulihan ekonomi pada persidangan Parlimen akan datang - REFSA
Malah katanya pihak kerajaan juga seharusnya menjalinkan kerjasama yang baik dengan pembangkang.

Perlu segera tubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas bipartisan - REFSA
Azalina mengutuskan surat kepada Peguam Negara yang antara lainnya mencadangkan agar Jawatankuasa Parlimen Khas yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu ada peranan lebih luas - REFSA
Peranan yang lebih luas perlu, memandangkan sistem semak dan imbang negara tergantung seketika akibat penggantungan Parlimen

Belanjawan 2021: Pembangkang perlu kemuka cadangan konstruktif, bukan bergantung undian belah bahagi
Anggota Parlimen pembangkang perlu memikirkan strategi yang bernas dan bukan sahaja bergantung kepada undian belah bahagi sahaja.

Pendengaran pra-pelantikan calon KP SPRM wajar dipertimbangkan
Pencalonan KP SPRM secara terbuka dapat meningkatkan penyertaan orang awam dalam menguatkan lagi hubungan SPRM dengan rakyat.