SEREMBAN: Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan ditubuhkan bagi melindungi kebajikan golongan rentan khususnya kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), wanita dan warga emas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata jawatankuasa yang dipengerusikannya sendiri itu dianggotai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Pendidikan (KPM); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Kementerian Kesihatan (KKM); Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Katanya jawatankuasa itu akan memastikan semua pusat jagaan yang beroperasi diurus mengikut prosedur dan peruntukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.
"Dalam hal yang sama, jawatankuasa ini juga akan melihat operasi institusi pengajian agama seperti pusat tahfiz yang tidak berdaftar dan yang tidak diurus dengan baik," katanya kepada pemberita.
Terdahulu Ismail Sabri melawat remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella di Rumah Kebajikan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini.
Turut hadir Menteri KPWKM Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Bernama
Sat Apr 23 2022

Perdana Menteri beramah mesra bersama dengan seorang remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella ketika melakukan lawatan di rumah kebajikan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Negeri Sembilan, hari ini. - Foto BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Empat jawatankuasa kerja akan ditubuhkan, sokong dasar gaji progresif
Kesemua jawatankuasa itu akan memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif bagi memastikan setiap program sejajar dengan hala tuju dan strategi yang ditetapkan.

Sindiket penipuan pekerjaan: Kabinet tubuh Jawatankuasa Khas - Abdul Latiff
Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia dibawa pulang dengan selamat.

Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuh lindungi golongan rentan - PM
Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan ditubuhkan bagi melindungi kebajikan golongan rentan khususnya kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), wanita dan warga emas.

Pendengaran pra-pelantikan calon KP SPRM wajar dipertimbangkan
Pencalonan KP SPRM secara terbuka dapat meningkatkan penyertaan orang awam dalam menguatkan lagi hubungan SPRM dengan rakyat.

COVID-19: Jawatankuasa Khas Kabinet Kluster Keselamatan dan Ekonomi ditubuhkan - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut akan dipengerusikannya dan Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Isu royalti, bayaran tunai petroleum dan gas dibincang Disember ini
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata perbincangan tersebut dijangka diadakan pada Disember ini.

Akta Kebebasan Maklumat ganti Akta Rahsia Rasmi - Dr Mahathir
JKKMAR yang bermesyuarat hari ini bersetuju secara prinsip bahawa tempoh masa yang mencukupi harus diberikan kepada proses penggubalan undang-undang itu.

MA63: Sabah, Sarawak terus terima hak sedia ada - PM
Pindaan kepada Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia yang dimeterai pada tahun 1963 (MA63).