KUALA LUMPUR: Pelumba kereta terkenal negara, Jazeman Jaafar sedia untuk beraksi buat julung kalinya dalam Perlumbaan 12 Jam Sepang (S12H) dengan jentera Aston Martin di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.
Pelumba berusia 30 tahun itu akan mewakili pasukan Viper Niza Racing yang dianggotai anak tempatan sepenuhnya dan bergandingan dengan pelumba, Douglas Khoo dan Dominic Ang.
Jazeman yang bertanding dalam Cabaran GT Dunia Asia dengan Triple 8 Johor Motorsports Racing Team dan Siri Le Mans Eropah (ELMS) mewakili Virage Team tahun lepas, teruja dengan peluang berlumba menggunakan jentera Austin Martin buat kali pertama.
"Kami akan memandu sebuah Aston Martin Vantage GT3 yang baharu dibina untuk Perlumbaan 12 jam Sepang. Saya tidak sabar untuk menguji kereta itu dan berkongsi maklum balas dengan pasukan untuk membuat pelarasan dan talaan pada kereta itu serta strategi perlumbaan.
"Ia akan menjadi mencabar dan saya menjangkakan pertandingan yang amat sengit, memandangkan ia satu perlumbaan berprestij tetapi kami akan bersedia untuk memberikan yang terbaik dan membanggakan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Viper Niza Racing yang diasaskan pada 2009 sebagai Niza Racing, sebuah pasukan lumba kereta Malaysia yang berpangkalan di Shah Alam itu menyertai perlumbaan Siri Asia TCR, Siri Le Mans Asia dan Siri Super Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
![Jazeman sedia beraksi untuk perlumbaan sulung 12 Jam Sepang memandu Aston Martin Jazeman sedia beraksi untuk perlumbaan sulung 12 Jam Sepang memandu Aston Martin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649868709_JazemanJaafar.jpg)
Jazeman teruja dengan peluang menggunakan jentera Austin Martin buat kali pertama dalam Perlumbaan 12 Jam Sepang yang dijadual berlangsung hujung minggu ini. - Facebook Jazeman Jaafar Live Page
![Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738840652_Pembuatkavadi.jpg)
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
![Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
![INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40 INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738855416_INSKEN.jpg)
INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.
![Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif
Agensi penarafan Fitch memberi amaran langkah AS kenakan tarif baharu akan meningkatkan ketidaktentuan ekonomi.
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).