LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi penstrukturan semua gred perkhidmatan anggotanya.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yassin berkata pihaknya telah menekankan keperluan penstrukturan itu kepada JPA, seiring langkah kerajaan menaik taraf balai-balai bomba di seluruh negara.
"Perbincangan ini sedang giat dijalankan dalam tiga peringkat, menekankan kepentingan menyelaraskan struktur gred perkhidmatan dengan perkembangan keperluan dan keupayaan jabatan.
"Sepanjang perbincangan, kedua-dua jabatan terbukti komited untuk memastikan proses penstrukturan itu dijalankan dengan pertimbangan yang teliti dan bersungguh-sungguh," katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JBPM di sebuah hotel di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata pihaknya akan memasukkan cadangan pembinaan kuarters kakitangan jabatan itu dalam rolling plan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan datang.
"Kami akan memasukkan cadangan tersebut dan ini merupakan respons kepada permintaan untuk perumahan yang mencukupi bagi anggota bomba di pulau ini dan kami telah mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek cadangan itu di ibu pejabat balai bomba Rancha-Rancha," katanya.
Katanya, setakat ini kuarters kakitangan balai bomba Labuan hanya boleh memuatkan 38 unit rumah, iaitu angka yang jauh lebih rendah daripada keperluan iaitu 150 unit.
Abdul Wahab berkata JBPM turut mempunyai rancangan untuk menaik taraf balai bomba Rancha-Rancha daripada Kategori C kepada Kategori D, berikutan kedudukan strategik balai itu berdekatan zon industri.
"Penambahbaikan ini akan memperkasa jabatan untuk bertindak balas lebih baik kepada kecemasan, sekali gus memastikan keselamatan sektor industri Labuan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata JBPM juga sedang melaksanakan naik taraf aset kecemasannya sebagai langkah proaktif untuk menangani pelbagai cabaran ketika operasi menyelamat, khususnya bagi menghadapi musim monsun akan datang.
Beliau berkata permohonan untuk perolehan aset baharu seperti bot penyelamat telah dilakukan menerusi rolling plan keempat RMK12.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Abdul Wahab berkata pihaknya telah menekankan keperluan penstrukturan itu kepada JPA, seiring langkah kerajaan menaik taraf balai-balai bomba di seluruh negara. - Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam
Empat individu termasuk dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di tiga lokasi berbeza di Sarawak.

SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.