KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalin kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk menubuhkan pasukan bomba uniti di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh negara.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata ia berperanan sebagai ejen kepada jabatan itu dalam menyalurkan bantuan kecemasan awal kepada komuniti setempat jika berlaku hal-hal tidak diingini sebelum ketibaan pasukan penyelamat daripada agensi yang bertauliah dan bertanggungjawab.
Beliau berkata buat permulaan, pihaknya mengenal pasti 48 KRT untuk dilatih dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi menangani kecemasan di peringkat awal.
"Kita ada 200 KRT di seluruh negara yang sesuai untuk penubuhan bomba uniti tetapi atas faktor kekangan kewangan dan sebagainya, kita fokus kepada penubuhan tiga pasukan dahulu di setiap negeri.
"Bagaimanapun, bagi negeri yang berkemampuan, mereka boleh tubuhkan pasukan bomba uniti semaksimum mungkin untuk tujuan menangani kecemasan," katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 30 Tahun Perkhidmatan bagi Tahun 2021 JBPM Negeri Terengganu di sini semalam.
Seramai 55 anggota dan pegawai JBPM Terengganu menerima APC manakala 12 lagi Anugerah 30 Tahun Perkhidmatan.
Mohammad Hamdan berkata selain kemahiran dan latihan, pasukan bomba uniti akan dibekalkan dengan peralatan asas untuk ditempatkan di KRT masing-masing.
Beliau berkata setakat ini, pihaknya telah melancarkan pasukan bomba uniti di KRT Kepala Batas, Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Anggota Bomba 2022 pada Jun lepas.
Katanya JBPM juga telah mengambil sejumlah 1,000 kakitangan baharu untuk diserap ke balai yang sesuai dan memerlukan bagi menampung kekosongan serta kekurangan anggota dan pegawai susulan persaraan dan sebagainya.
"Memang benar berlaku masalah kekurangan kakitangan kerana kita tidak ambil pegawai baharu sepanjang pandemik sedangkan setiap tahun, kira-kira 200 hingga 400 kakitangan pencen dan ini menyebabkan berlaku banyak kekosongan di banyak tempat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022

Mohammad Hamdan (duduk, tengah) bergambar bersama penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perkhidmatan 30 Tahun di sebuah hotel di Kuala Nerus, 7 Ogos 2022. --fotoBERNAMA

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Abdul Wahab dilantik Ketua Pengarah JBPM berkuat kuasa esok
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM yang baharu mulai esok.

Bomba sukarela, komuniti cara terbaik tangani kecemasan peringkat awal di pedalaman
Penduduk di pedalaman Sarawak digalak menubuhkan pasukan sukarela supaya dapat memberi tindakan awal apabila berlaku kecemasan.

Bomba perlu aset baharu, moden mantapkan perkhidmatan - Mohammad Hamdan
Terdapat keperluan untuk menambah aset bomba yang baharu dan moden bagi memantapkan perkhidmatan agensi itu.

JBPM sediakan 1,800 aset hadapi kemungkinan banjir
Aset tersebut melibatkan operasi di darat, air dan udara termasuk sembilan helikopter yang akan memantau kawasan berisiko.

JBPM, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tubuh pasukan bomba uniti di KRT
Ia berperanan sebagai ejen kepada jabatan itu dalam menyalurkan bantuan kecemasan awal kepada komuniti setempat.

Kes libatkan integriti dan rasuah bomba semakin menurun
Penting untuk memastikan penurunan kes sehingga 50 peratus yang dicatat setakat ini, terus konsisten, bagi mengekang gejala negatif dalam badan beruniform tersebut.

JBPM mohon pemanjangan elaun anggota bertugas syif - KP Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memohon pemanjangan bayaran elaun kepada anggotanya yang bertugas secara syif 12 jam dan 24 jam.

Bomba optimum persediaan hadapi risiko kemalangan, kebakaran
JBPM mengoptimumkan langkah kesiapsiagaan mendepani sebarang risiko kemalangan atau kebakaran susulan kemasukan negara ke Fasa Peralihan ke Endemik.

Pascabanjir: Buang sampah domestik, elak kencing tikus - Bomba
Orang ramai yang terkesan banjir diminta mengurus dan membuang sampah domestik masing-masing dengan sempurna bagi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada kencing tikus.

JBPM kenal pasti 272 lokasi berpotensi menyumbang kepada banjir - KP Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sejumlah 272 lokasi dengan paras air yang mudah meningkat dan berpotensi menyumbang kepada banjir di seluruh negara.