PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sejumlah 272 lokasi dengan paras air yang mudah meningkat dan berpotensi menyumbang kepada banjir di seluruh negara.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata 272 lokasi berkenaan melibatkan sungai, persisiran pantai, air terjun dan tali air.
Beliau berkata kesemua lokasi itu, telah dipantau JBPM sejak September lepas namun disebabkan taburan hujan di luar jangkaan pada 18 hingga 20 Dis lepas di sembilan daerah di Selangor, telah menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terbatas.
"Oleh yang demikian, kira-kira seramai 66,000 anggota telah ditempatkan untuk berada di sembilan daerah antaranya Sepang, Hulu Langat, Gombak dan Sabak Bernam bagi kerja-kerja menyelamat mangsa banjir.
Sememangnya di Selangor ini pada peringkat awalnya, kami respons tetapi dengan keluasan daerah dan kepantasan paras air yang naik di negeri itu maka logistik dan keanggotaan pada ketika itu tidak boleh menampung keperluan keadaan (banjir) yang berlaku," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.
Mohammad Hamdan berkata pihaknya telah pergi ke Hulu Langat, Shah Alam dan Klang dan mendapati kawasan itu terjejas banjir serta memerlukan banyak bantuan.
Sementara itu, mengulas mengenai SAR dalam menyelamatkan mangsa banjir, beliau berkata ia memberi cabaran kepada JBPM kerana JBPM mengambil masa yang lama untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir kerana di Selangor terdapat banyak daerah dan puluhan ribu mangsa terjejas ketika itu.
Mengulas mengenai sama ada anggota JBPM mencukupi atau sebaliknya semasa operasi SAR mangsa banjir, Mohammad Hamdan mengakui bahawa terdapat kekangan dari segi jumlah anggotanya dan berterima kasih kepada komuniti setempat, sukarelawan, badan bukan kerajaan yang turut membantu dalam aspek menyelamatkan nyawa, pengurusan dan pemindahan mangsa banjir.
Dalam perkembangan lain, JBPM dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi dan Agensi Pengurusan Bencana Negara akan mempergiatkan pemantauan berterusan khususnya fenomena alam yang kerap berubah.
"Kami bukan sahaja melihat 'hotspot' sahaja tetapi juga aliran sungai lain yang bertembung di antara satu sama lain yang menjadikan kawasan persekitaran lebih berbahaya.
Apabila kami mengenal pasti 'hotspot' ini, kami akan membuat penilaian risiko dan mengambil tindakan bagi mengawal risiko ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata 272 lokasi berkenaan melibatkan sungai, persisiran pantai, air terjun dan tali air. - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.