KANGAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis bersiap sedia dari pelbagai aspek bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana banjir pada musim monsun timur laut yang bermula bulan ini.
Pengarah JBPM Perlis Penguasa Kanan Bomba 1 Ruhisha Haris berkata pihaknya mula membuat persiapan sejak April lepas bagi memastikan semua aset menyelamat dan anggota bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Untuk persiapan banjir, kita telah membuat ujian awal terhadap aset menyelamat seperti bot, peralatan menyelam dan sebagainya di Tasik Timah Tasoh, terowong tebatan banjir dan Kampung Wai," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) dan Life Saving Appliances (LiSA) di Pusat Rekreasi Bukit Ayer di sini, semalam.
Terdahulu Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Azizan Sulaiman merasmikan Pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) dan Life Saving Appliances (LiSA) di Pusat Rekreasi Bukit Ayer.
Ruhisha berkata latihan dan persiapan yang dilakukan itu bagi memastikan pihaknya bersedia dari segi peralatan logistik, kelengkapan tambahan dan kekuatan anggota.
Beliau berkata JBPM Perlis telah mengenal pasti 54 kawasan berisiko tinggi banjir di negeri ini antaranya ialah Wang Bintong, Kampung Wang Besar, Kampung Abi, Taman Semarak, Bukit Kubu, Kampung Nelayan, Kampung Panggas, Kubang Tiga, Mata Ayer dan Ulu Pauh.
"Kita akan melakukan pemantauan secara berkala di 54 kawasan 'hotspot' (kawasan berisiko tinggi) tersebut bagi persiapan awal," katanya.
Menurutnya JBPM Perlis juga bersedia mengerahkan seramai 400 anggota termasuk 14 orang anggota bomba bantuan di JPBM Simpang Empat dan 200 anggota pasukan bomba sukarela sekiranya berlaku banjir di negeri ini.
Katanya untuk logistik, pihaknya mempunyai sembilan unit bot penyelamat, lima buah lori, lapan unit utiliti dan lebih 200 unit jaket keselamatan.
--BERNAMA
TAG: JPBM, banjir, sedia, monsun timur laut, Perlis
Bernama
Fri Oct 07 2022

Ruhisha (kiri) dan Azizan (tengah) ketika hadir pada pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Air dan Life Saving Appliances di Pusat Rekreasi Bukit Ayer, Kangar, semalam. - Facebook Bomba Perlis

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.

3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.

Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.

Lebih 3,000 penuntut IPTA terjejas banjir - Zambry
Sebanyak 3,029 penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) terjejas akibat banjir setakat ini dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid
Tahap keselamatan di Kelantan tidak terkesan dan tetap diutamakan meskipun sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir.

Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.

Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid
Nadma diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan PPS di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar
Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Banjir memburuk, kini sembilan negeri terjejas, mangsa meningkat lebih 85,000
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.