GUA MUSANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) bagi pasukan gerakan udara untuk memendekkan waktu menangani kes kecemasan yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pengarah Bahagian Udara JBPM Datuk Nazili Mahmood berkata keperluan berkenaan, bagaimanapun tertakluk kepada situasi semasa.
"Ketika ini JBPM masih mampu melaksanakan penerbangan sama ada dari Pangkalan Wilayah Tengah Subang di Selangor dan Pangkalan Udara Wilayah Utara, Bertam di Pulau Pinang ke Gua Musang, Kelantan.
"Namun begitu, kita juga merancang untuk mewujudkan FOB di Wakaf Tapai, Terengganu kerana waktu bertindak untuk ke Gua Musang misalnya lebih kurang setengah jam sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar bantuan bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli dekat Pos Belatim di sini semalam.
Beliau berkata sebanyak 25 anggota ditugaskan untuk menghantar 15 tan makanan kepada penduduk Orang Asli yang terputus hubungan akibat kejadian tanah runtuh minggu lepas.
Lima Pos Orang Asli terlibat ialah Pos Gob, Pos Bihai, Pos Balar, Pos Belatim dan Pos Simpor yang membabitkan 1,097 keluarga daripada 56 kampung.
"Kita menghantar keperluan bekalan makanan ini menggunakan helikopter kerana Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyediakan sebanyak 20.8 tan untuk diagih kepada semua penduduk terjejas.
"Helikopter Mi-17 sangat efektif dan lebih cepat, sebagai contoh jika guna laluan darat ke Pos Gob akan ambil masa hingga 15 jam, tetapi dengan helikopter tempoh perjalanan hanya 20 minit sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Nazili (dua, kiri) turut serta mengangkat bakul bantuan makanan untuk dimasukkan ke dalam helikopter jenis Mi-17 untuk dibawa ke Pos Belatim, di Padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang, 3 Jan 2024. --fotoBERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
PDRM mahu pangkalan operasi hadapan gerakan udara, tingkat penugasan sempadan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk mewujudkan pangkalan operasi hadapan bagi mempertingkatkan penugasan pasukan gerakan udara dalam usaha mengatasi jenayah rentas sempadan di negara ini.