KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan pemantauan kes pembakaran terbuka melalui pelbagai kaedah susulan cuaca panas dan kering yang melanda negara.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, antara kaedah pemantauan melalui titik panas berdasarkan laporan dari Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC).
"Selain itu, kita turut melaksanakan pemantauan fizikal melalui makluman awam, bomba komuniti dan komuniti setempat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Ujar beliau, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memantau kes pembakaran terbuka.
"Intensiti pemantauan itu bergantung kepada keadaan cuaca setempat," ujarnya.
Tambah Nor Hisham, jumlah kumulatif laporan insiden kebakaran terbuka adalah sebanyak 2,813 kes direkodkan sejak 1 Januari hingga Selasa.
"Jumlah harian kebakaran terbuka pada hari ini mencatatkan sebanyak 103 kes, di mana Sabah merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 30 kes, manakala Johor dan Selangor masing-masing 11 kes," ujarnya.
Pada Isnin, media melaporkan fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berkurangan dan menjadi neutral pada pertengahan tahun ini dan suhu dijangka akan kembali normal.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.
Katanya, dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan secara lazimnya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan pedalaman Pahang dan Kelantan.
Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.
Cuaca panas yang dialami pada ketika ini di beberapa negeri di utara Semenanjung adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 20 2024

JBPM turut menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memantau kes pembakaran terbuka. - Gambar hiasan
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam
Empat individu termasuk dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di tiga lokasi berbeza di Sarawak.

SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.