KUALA LUMPUR: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) mencatat keuntungan selepas cukai melebihi 100 peratus kepada RM379 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021, berbanding kerugian selepas cukai sebanyak RM237 juta yang direkodkan pada tahun kewangan 2020.
Pencapaian itu adalah bersandarkan pada jumlah pendapatan sebanyak RM5.13 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding RM4.3 bilion sebelumnya.
"Prestasi kewangan tahunan kumpulan yang cemerlang itu disumbang oleh segmen perniagaan tani yang mencatat pendapatan yang lebih tinggi berikutan peningkatan harga minyak sawit mentah dan isirung sawit," kata JCorp dalam satu kenyataan hari ini.
Segmen kesejahteraan dan kesihatan kumpulan turut merekodkan peningkatan pendapatan yang lebih kukuh daripada aktiviti hospital, terutamanya dengan pertambahan jumlah pesakit dan pesakit luar serta pelaksanaan langkah-langkah pengoptimuman kos di segenap segmen perniagaannya.
Segmen perniagaan tani merekodkan hasil berjumlah RM1.65 bilion, peningkatan ketara sebanyak 49 peratus berbanding tahun kewangan 2020, manakala segmen kesejahteraan dan kesihatan memperolehi pertumbuhan pendapatan sebanyak 10 peratus.
"Seiring dengan pembudayaan 'norma baharu', pelan penciptaan semula JCorp 3.0 telah memacu usaha menetapkan semula dan mengimaginasi semula untuk memperkukuhkan JCorp sebagai sebuah institusi yang bersiap siaga yang berdaya tahan, tangkas dan mampan di masa depan," kata Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.
JCorp merupakan organisasi didorong oleh nilai dengan jumlah aset melebihi RM23 bilion pada akhir tahun kewangan 2021. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022

Kumpulan Johor Corporation (JCorp) mencatat keuntungan selepas cukai melebihi 100 peratus kepada RM379 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021, berbanding kerugian selepas cukai sebanyak RM237 juta yang direkodkan pada tahun kewangan 2020.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JCorp catat keuntungan selepas cukai melebihi 100 peratus kepada RM379 juta bagi tahun kewangan 2021
Pencapaian itu bersandarkan jumlah pendapatan sebanyak RM5.13 bilion, peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding RM4.3 bilion sebelumnya.