MELAKA:Juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan cabaran saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas merakam kemenangan kesembilan apabila membelasah Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.
Dalam pertembungan tersebut, pesta gol JDT bermula pada 20 minit terakhir perlawanan apabila pemain import dari Argentina Leandro Velazquez tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70 sekali gus memecah kebuntuan gol.
Jaringan pembukaan itu disusuli dengan gol kedua JDT empat minit kemudian menerusi Muhammad Syafiq Ahmad yang bijak melepasi perangkap 'offside' sebelum Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak menanduk masuk gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-79.
Menghampiri masa penuh, Melaka yang seakan hilang arah terus dibolosi dua gol dalam tempoh lapan minit yang menyaksikan Fernando Rodriguez meledak gol keempat pada minit ke-85 sebelum Gonzalo Cabrera melengkapkan malam gemilang sang juara dengan jaringan di akhir permainan.
Pada masa sama, Selangor mencatat kemenangan kedua terbesar mereka musim ini setelah menumpaskan Felda United 6-1 di Stadium UiTM, Shah Alam, sekali gus menyaksikan Felda United menamatkan saingan musim ini di kedudukan kedua tercorot.
Pemain import Ifedayo Omosuyi meledak hatrik menerusi jaringan pada minit ke-45, minit ke-62 dan minit ke-88 sekali gus mendahului senarai penjaring terbanyak dengan mengumpul 12 gol, meninggalkan pencabar terdekat iaitu penyerang Perak Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dengan perbezaan dua gol.
Tiga gol Selangor lagi dijaringkan pemain tengah Brendan Gan seawal minit keempat dan Sandro da Silva yang menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-70 sebelum meledak gol kedua peribadinya lapan minit kemudian. Muhammad Daniel Amier Norhisham menjaringkan gol tunggal pelawat pada minit ke-33.
Dalam pada itu, dua jaringan Washington Brando membantu Petaling Jaya (PJ) City FC mengatasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Pemain import dari Brazil itu memecah kebuntuan gol pada minit ke-42 sebelum bekas penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-55 diikuti jaringan ketiga oleh R Kogileswaran pada minit ke-66 meletakkan PJ City FC selesa mendahului 3-0.
Brando menjaringkan gol keduanya pada minit ke-70 dan PDRM berjaya mendapatkan gol sagu hati menerusi pemain import Serdar Geldiyev pada minit ke-81.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020

Menghampiri masa penuh, Melaka yang seakan hilang arah terus dibolosi dua gol dalam tempoh lapan minit. -Bernama
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur
JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Elite (ACL Elite) 2024/25 di tempat ketiga.

AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.