ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA, pada malam Sabtu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengumuman itu bagi menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang memutuskan untuk mengisytiharkan 23 Julai 2023, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri berkenaan.
"Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan pasukan JDT kerana berjaya merangkul Piala FA 2023 menentang Kuala Lumpur City FC dengan jaringan gol 2-0,
"Menjunjung kasih Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas segala perancangan serta usaha berterusan dalam membangunkan JDT menjadi sebuah kelab bola sepak yang disegani di Malaysia dan di rantau Asia.
"Kemenangan Skuad Harimau Selatan ini merupakan piala kedua untuk tahun 2023, setelah memenangi Piala Sumbangsih awal tahun ini, serta Piala FA ketiga buat JDT, selepas tahun 2016 dan tahun 2022.
"Buat semua peminat JDT, teruslah memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk setiap perlawanan yang akan datang," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada malam Sabtu.
Tambah beliau, pemberian cuti ini juga merupakan penghargaan Kerajaan Negeri kepada pihak terlibat dan rakyat Negeri Johor yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Skuad Harimau Selatan sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Terdahulu, juara bertahan, JDT memastikan Piala FA terus berada dalam dakapan selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, pada malam Sabtu.
Dua gol hasil jaringan Shio Hong Wan dan pemain import, Leandro Velazquez pada babak kedua perlawanan itu sekali gus memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut.
Muhammad Aiman Hakeem
Sat Jul 22 2023
![JDT pertahankan Piala FA, Johor cuti peristiwa esok JDT pertahankan Piala FA, Johor cuti peristiwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690041812_JOHORSouthernTiger.jpg)
Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Tazim (JDT) menjuarai Piala FA, pada malam Sabtu. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738490869_tbMohdJafniMdShuk.jpg)
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
![Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643545259_MohdHairiMadShah.jpg)
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
![Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg)
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
![Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.
![Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734769959_TBhujan.jpg)
Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
![Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736256003_OnnHafizGhazi.jpg)
Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.
![Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736058258_ZooJohor.jpg)
Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.
![PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733284235_banjirkelantantu.jpg)
PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya
Seramai 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.
![Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735787208_SPM.jpg)
Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.
![KPDN serbu stor haram simpan LPG di Johor KPDN serbu stor haram simpan LPG di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734530171_KPDN.jpg)
KPDN serbu stor haram simpan LPG di Johor
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mematahkan cubaan menyeleweng gas petroleum cecair (LPG) selepas menyerbu sebuah premis dijadikan stor untuk menyimpan dan mengedar bahan