Anggota Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun akan hadir di Balai Polis Jalan Patani di sini esok untuk membantu siasatan berhubung komen beliau mengenai kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
Peguamnya RSN Rayer ketika dihubungi Bernama hari ini berkata anak guamnya akan hadir di balai polis itu, tengah hari esok.
"Ooi akan memberi keterangan dan akan memberi kerjasama kepada polis berhubung kes itu," katanya.
Ooi akan diwakili peguam Rayer, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan Lim Lip Eng dalam kes itu.
Anggota Parlimen DAP itu dikritik sejak Jumaat lalu selepas didakwa memuat naik status, "Adios Harun Din. Let There Be Peace" dalam akaun twitternya dan berikutan insiden itu, beliau telah menukar akaunnya daripada awam kepada peribadi.
Ooi kemudian menafikan catatan di twitternya kerana beliau berkata imej yang diedarkan telah dimanipulasi melalui Photoshop dan menegaskan dia mempunyai kuasa penuh ke atas akaun media sosialnya.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Ooi untuk menyerah diri kepada polis jika beliau mahu proses itu berjalan lancar.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam. -- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2016

Ooi sebelum ini menafikan catatan di twitternya kerana beliau berkata imej yang diedarkan telah dimanipulasi melalui Photoshop.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jeff Ooi beri keterangan berhubung tweet Haron Din
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang untuk memberi keterangan berhubung tweetnya mengenai Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Jeff Ooi serah diri esok - Peguam
Peguamnya RSN Rayer berkata anak guamnya akan hadir di balai polis itu, tengah hari esok.