KUANTAN: Jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting di Jalan Persekutuan (FT421), di sini akan dibuka kepada pengguna jalan raya bermula 8 pagi esok bagi memberi kemudahan dan keselesaan terutama kepada rakyat negeri ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan bersama berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bersetuju pembukaan jejambat berkenaan perlu disegerakan sebagai laluan alternatif.
"Pembukaan jejambat ini sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas akibat pertambahan jumlah kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan cuti umum serta menjadikan masa perjalanan lebih singkat.
"Projek pembinaan jejambat ini merupakan kesinambungan kepada projek pembinaan sebuah jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan menghubungkan bandar Kuantan ke bandar Putra, Tanjung Lumpur yang kini dikenali sebagai Jambatan Putra, yang telah dibuka secara rasmi pada 21 Feb 2021," menurutu kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan projek berkenaan dibiayai oleh kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pembinaan Jambatan Putra telah disiapkan secara Siap Berbahagian pada 25 Sept 2020 sepanjang 1.85 kilometer merangkumi jambatan baharu sepanjang 451 meter merentasi Sungai Kuantan dengan kos projek bernilai RM161.438 juta dan dirasmikan pembukaannya pada 21 Feb 2021.
Projek jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol Ke Kemunting pula, merupakan skop kerja tambahan bagi projek pembinaan sebuah jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan menghubungkan bandar Kuantan ke bandar Putra, Tanjung Lumpur.
Menurut kenyataan itu, ia telah diluluskan secara Perjanjian Tambahan melibatkan kos projek bernilai RM47 juta, dengan tarikh milik tapak adalah pada 15 Jun 2020 dan disiapkan pada 22 Mac 2024.
"Skop kerja tambahan ini merangkumi pembinaan jalan berkembar empat lorong dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting mengikut piawaian JKR U5 Jenis III sepanjang 650 meter merangkumi jejambat baharu sepanjang 280 meter merentasi Jalan Persekutuan, Jalan Kuantan - Gambang (FT02)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting di Jalan Persekutuan (FT421), di Kuantan akan dibuka kepada pengguna jalan raya bermula 8 pagi esok. - Foto Facebook KKR
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
Jejambat persimpangan Bukit Setongkol-Kemunting dibuka esok
Jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting di Jalan Persekutuan (FT421), akan dibuka kepada pengguna jalan raya bermula 8 pagi esok.
Trak terbalik berulang kali seperti dalam filem
Satu rakaman video menunjukkan trak tersebut terjatuh dari jejambat itu selepas ia bertembung dengan kenderaan lain.
Jejambat Jalan Langgak Golf di ibu negara dibuka sepenuhnya esok
Ia diyakini mampu mengurangkan aliran trafik yang menggunakan laluan Jalan Tun Razak menuju ke arah Bulatan Kampung Pandan.
Empat rentung kenderaan terbabas ke bawah jejambat sebelum terbakar
JBPM Selangor terima panggilan kecemasan pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.
Angkara buli: Rakan sekerja dibunuh
Mayat mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun, ditemukan berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.
Polis cari pemandu lori terlibat kes langgar lari di Puchong
Mangsa Anuar Harun, Penguasa Kanan Bomba, Ketua Zon Daerah Petaling, maut di tempat kejadian selepas skuter ditunggangnya bergesel dengan lori terbabit.
Suami maut, isteri parah, kenderaan terbabas jatuh dari jejambat
Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun tersangkut pada tembok jejambat terbabit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Guru sayu lihat murid tinggal dalam khemah bawah jejambat
Menerusi foto yang tular di media sosial, keluarga terbabit dilihat terpaksa berteduh di dalam sebuah khemah usang yang terletak di bawah jejambat berkenaan.
Maut dirempuh ketika berteduh di bawah jejambat
Seorang kakitangan PLUS maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berteduh dibawah sebuah jejambat.
Tiada lagi mangsa runtuhan jejambat - Polis
Polis hari ini mengesahkan tiada lagi mangsa lain yang terbabit dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar.