REMBAU: Jelajah Ikon Madani anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di enam universiti bukan medan berpolitik tetapi medium untuk menjelaskan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Malaysia Madani kepada mahasiswa.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata J-KOM dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) berperanan menjelaskan serta mempertahankan dasar kerajaan, selain menghubungkan kerajaan dengan mahasiswa dan rakyat.
"J-KOM masuk ke universiti bukan untuk berpolitik, kami datang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau mana-mana universti lain selepas ini adalah untuk menjelaskan dasar kerajaan, Malaysia Madani, bukan berkempen atau menyokong mana-mana parti, J-KOM tahu batas yang boleh dimainkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Ikon Madani di Kampus UiTM Rembau, di sini hari ini.
Program itu menampilkan pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi sebagai Ikon Madani dan juga dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN Datuk Aizuddin Ghazali.
Mohammad Agus turut menyerahkan sumbangan termasuk bantuan tunai dan keperluan asas, selain pemberian cermin mata percuma kepada 1,500 pelajar.
Katanya siri jelajah selepas ini akan ke universiti di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta turut merancang ke Sabah dan Sarawak.
Antara tokoh lain yang akan ditampilkan termasuk pakar kewangan Islam Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; tokoh pendidikan Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar; Pengerusi Malaysia Airlines Berhad Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta legenda badminton Datuk Lee Chong Wei.
Sementara itu, Aznil berkata menerusi jelajah itu beliau dapat berkongsi pengalaman dalam industri media dan hiburan, selain berharap generasi muda lebih berkeyakinan serta bertamadun dalam menempuh kehidupan.
"Sebentar tadi saya juga berkongsi dengan anak-anak ini, kalau kita datang dari keluarga miskin, seperti saya dari keluarga miskin bandar, bukan bermakna kita akan berada di takuk itu selamanya, kita boleh mempertingkatkan mutu kehidupan dan keluarga. Keyakinan diri juga memainkan peranan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Ketua Pengarah J-KOM Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (kanan) beramah mesra bersama mahasiswa dan mahasiswi pada Jelajah Ikon Madani di Dewan Biduanda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, hari ini. - Foto BERNAMA
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
Jelajah Ikon Madani beri pendedahan, persediaan memasuki industri
Program tersebut turut menyantuni para pelajar dengan sesi penyerahan sumbangan bantuan tunai dan keperluan asas.
Jelajah Ikon Madani bukan untuk berpolitik - Mohammad Agus
Jelajah Ikon Madani anjuran J-KOM di enam universiti bukan medan berpolitik tetapi medium untuk menjelaskan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.