KUALA LUMPUR: Perlumbaan jelajah berbasikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia ke-54 (JM54) yang dijadual berlangsung dari 28 Feb hingga 2 Mac, ditunda kepada 28 hingga 30 Mei ini.
Menerusi kenyataan dikeluarkan penganjur, perlumbaan tiga peringkat sejauh 417.2 kilometer (km) itu ditangguhkan selepas mengadakan perbincangan serta mendapat persetujuan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Menurut kenyataan itu, tarikh baharu dipilih setelah mendapat pandangan daripada PKBM dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
"Persiapan penganjuran JM54 tetap kami (penganjur) teruskan dan akan memperbaiki kelemahan serta kesilapan yang menyebabkan perlumbaan ini terpaksa ditangguhkan.
"Pasukan-pasukan terlibat yang bersetuju menyertai JM54 juga telah dimaklumkan tentang penundaan tarikh ini dan mereka turut bersetuju untuk menyertai kembali perlumbaan itu pada tarikh baharu kelak," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, perlumbaan tersebut melibatkan Peringkat 1 dari Shah Alam ke Teluk Intan sejauh 154.3km, Peringkat 2 dari Bagan Datuk ke Tanah Rata (139.7km) dan tamat dengan Peringkat 3 dari Tapah ke Meru Raya (123.2km), berbanding lima peringkat sejauh 728.45km sebelum ini.
Pada Isnin, pihak penganjur memaklumkan perlumbaan diklasifikasikan sebagai kategori 2.2 oleh UCI itu sepatutnya bermula pada 26 Feb hingga 2 Mac, dipinda kepada 28 Feb hingga 2 Mac.
Sebanyak 24 pasukan melibatkan 120 pelumba profesional dari benua Eropah, Asia, Oceania dan Amerika mengesahkan penyertaan setelah lebih empat tahun perlumbaan itu ditangguhkan akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Sebanyak 24 pasukan melibatkan 120 pelumba profesional dari benua Eropah, Asia, Oceania dan Amerika mengesahkan penyertaan dalam Jelajah Malaysia ke-54. - Foto jelajahmalaysia.com
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan RHB Lekas Highway Ride 2024.
Antara jalan terlibat adalah kilometer dua LEKAS menghala ke Seremban, LEKAS ke arah Bandar Teknologi dan susur masuk LEKAS ke Semenyih.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
Pelumba berbasikal kemalangan maut ketika 'downhill' Jelajah Austria
Pelumba Norway, Andre Drege, menemui ajal selepas terjatuh dalam kayuhan menuruni bukit dalam Jelajah Austria, awal pagi tadi.
LTdL 2024 sah bermula di Langkawi tamat di Sarawak
LTdL akan kembali ke bumi Langkawi, destinasi yang akan menjadi lokasi pembukaan perlumbaan peringkat pertama.
Shah Firdaus layak digelar 'Terminator' - Mohd Azizulhasni
Datuk Mohd Azizulhasni Awang kagum dengan semangat kental rakan sepasukannya.
Jelajah Malaysa ditunda ke Mei depan - Penganjur
Perlumbaan tiga peringkat sejauh 417.2km itu ditangguhkan selepas mengadakan perbincangan serta mendapat persetujuan PKBM.
Jelajah Malaysia ke-54 ditunda ke 28 Feb
Perlumbaan sebanyak lima peringkat sejauh 728.45km itu kini dikurangkan kepada tiga peringkat iaitu sejauh 417.2km sahaja.
2,100 dijangka sertai L'Etape by Tour de France yang pertama di Malaysia Jun depan
Julung-julung kalinya dianjurkan di Malaysia, ia dijadualkan berlangsung di Desaru Coast, Johor, Jun depan.
Azizulhasni wira, Shah Firdaus juga kebanggaan negara
Tiada istilah kecewa apabila Azizulhasni, atau mesra disapa Jijoe, membawa pulang pingat perak.
Kos penganjuran LTdL 2020 sekurang-kurangnya RM20 juta
Jumlah kos tersebut mungkin meningkat lebih daripada jumlah itu, ekoran faktor logistik bagi perlumbaan di Sabah dan Sarawak.