KUALA LUMPUR: Perlumbaan jelajah berbasikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia ke-54 (JM54) yang dijadual bermula pada 26 Feb, ditunda kepada 28 Feb hingga 2 Mac, menurut kenyataan dikeluarkan pihak penganjur.
Ketua Pegawai Eksekutif D'Wau Holidays Travel Sdn Bhd Datuk Risma Yurini Rizrul berkata keputusan tersebut sekali gus menyaksikan perlumbaan sebanyak lima peringkat sejauh 728.45 kilometer (km) itu kini dikurangkan kepada tiga peringkat iaitu sejauh 417.2km sahaja.
Menurut kenyataan itu, perlumbaan tersebut kini melibatkan Peringkat 1 dari Shah Alam ke Teluk Intan sejauh 154.3km, Peringkat 2 dari Bagan Datuk ke Tanah Rata (139.7km) dan diakhiri dengan Peringkat 3 dari Tapah ke Meru Raya (123.2km).
Bagaimanapun, pihak penganjur belum memberi maklum balas mengenai mengenai sebab penundaan tersebut.
Perlumbaan diklasifikasikan sebagai kategori 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu sebelum ini akan dimulakan dengan Peringkat 1 dari Melaka ke Bandar Baru Bangi sejauh 161.96 km; Peringkat 2 Setia Alam-Cyberjaya (149.98 km); Peringkat 3 Shah Alam-Teluk Intan (154.30 km); Peringkat 4 Bagan Datuk-Tanah Rata (139.69 km) dan Peringkat 5 Tapah-Meru Raya (122.52 km).
Sebanyak 24 pasukan melibatkan 120 pelumba profesional dari benua Eropah, Asia, Oceania dan Amerika telah mengesahkan penyertaan setelah lebih empat tahun perlumbaan itu ditangguhkan akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Sebanyak 24 pasukan melibatkan 120 pelumba profesional dari benua Eropah, Asia, Oceania dan Amerika mengesahkan penyertaan dalam Jelajah Malaysia ke-54. - Foto jelajahmalaysia.com
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Jelajah Malaysa ditunda ke Mei depan - Penganjur
Perlumbaan tiga peringkat sejauh 417.2km itu ditangguhkan selepas mengadakan perbincangan serta mendapat persetujuan PKBM.
Jelajah Malaysia ke-54 ditunda ke 28 Feb
Perlumbaan sebanyak lima peringkat sejauh 728.45km itu kini dikurangkan kepada tiga peringkat iaitu sejauh 417.2km sahaja.