PONTIAN: Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau yang bermula di Tanjung Piai, di sini hari ini dan akan berakhir di Perlis 24 Mei ini, dianjurkan sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2024 yang juga berada dalam tempoh sambutan ulang tahun ke-81 keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Jabatan Perhutanan Perlis dalam kenyataan hari ini memaklumkan program kayuhan hijau sejauh 1,000 kilometer (km) anjuran jabatan itu bersama Pertubuhan Nadi Sihat, merentas sembilan negeri bermula di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Penang, Kedah dan berakhir di Perlis.
Menurut kenyataan itu lagi kayuhan dengan anggaran 100km sehari itu mendapat kerjasama daripada kerajaan Perlis, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri terlibat.
"Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau dan sukarelawan di setiap hentian kayuhan di negeri yang dilalui.
"Selain itu program ini juga bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025, dengan pasukan promosi akan mengedarkan risalah dan promosi lokasi tarikan pelancong, pakej pelancongan dan kalendar acara TMPs di setiap lokasi laluan jelajah berbasikal," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan pada hari ini sebanyak 20 peserta dari Jabatan Perhutanan Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pertubuhan Nadi Sihat akan mengayuh dari Dataran Taman Negara Tanjung Piai menghala ke Batu Pahat sebelum meneruskan kayuhan ke Melaka esok.
Sempena program hari ini juga sebanyak 110 pokok bakau telah ditanam di Taman Negara Tanjung Piai oleh 60 peserta dari Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Kolej Komuniti Tanjung Piai dan Malaysia Nature Society (MNS).
Turut hadir Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni, Pengarah Perhutanan Negeri Johor Datuk Salim Aman, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor Taufik Bahar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian Razak Khalid dan Pegawai Perpaduan Daerah Pontian Musa Othman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Peserta dari Kolej Martikulasi Kejuruteraan Negeri Johor menanam pokok bakau minyak pada Majlis Flag-Off Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau dan Aktiviti Tanam Pokok Bakau di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian hari ini. -Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.

Polis kesan lelaki hilang, temui kereta di kebun kelapa sawit
Lelaki berusia 43 tahun itu yang dikenali sebagai Edwin Soo Seng Kok juga gagal dihubungi ahli keluarga yang melaporkan kehilangannya itu.

Keracunan: Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.

Lelaki intai wanita dalam tandas awam di Batu Pahat ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas di pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Batu Pahat semalam.

Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.

Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.

Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.

Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.

Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.