Jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak menyertai sebarang perhimpunan yang tidak kaitan dengan ibadat haji seperti yang bersifat politik dan melibatkan sentimen negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, larangan itu bertujuan mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.
Katanya, ini termasuk menyertai perhimpunan Bersih seperti yang pernah terjadi beberapa tahun sebelum ini yang menjejas nama baik negara.
Justeru katanya, semua jemaah haji perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Tabung Haji (TH) bagi memudahkan urusan pemantauan pergerakan dan keselamatan mereka sepanjang musim haji.
"Kita tidak mahu ada orang mengatur sendiri jadual, termasuk untuk keluar sendiri, ini menyukarkan TH menguruskan pergerakan.
"Kerajaan Arab Saudi pula ada kawasan sensitif yang perlu dijauhi," katanya.
"Pertemuan atau perhimpunan yang bukan bersifat untuk ibadah haji, contohnya perhimpunan yang ada kaitan dengan penjelasan parti politik atau mengheret sentimen negara seperti perhimpunan baju kuning di Mekah...harus dielak dari sekarang," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Jerai, disini, hari ini.
Aspek keselamatan
Mengenai serangan pengganas di Madinah sebelum ini, jemaah haji katanya tidak perlu bimbang kerana kerajaan Arab Saudi sudah mempertingkatkan aspek keselamatan pada tahap maksimum dalam usaha memerangi pengganas.
Dalam pada itu, Jamil Khir berkata Malaysia masih menunggu keputusan daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan mendapatkan kuota jemaah haji tambahan untuk musim haji tahun ini.
"Kuota setakat ini masih 22,320, tetapi kita masih menunggu dan mengikuti perkembangan semasa dari kedutaan dan rakan-rakan di Mekah dan Madinah.
"Mengenai pampasan susulan tragedi kren runtuh pada musim haji lepas pula, TH sudah serahkan semua dokumen berkaitan dan bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Arab Saudi untuk tentukan kesahihan dan jumlah nama untuk diberikan sagu hati, namun maklumat mengenai pembayarannya belum diketahui," katanya.
Terdahulu, pada majlis sama, Jamil Khir turut menyempurnakan Pelancaran Rasmi Perkhidmatan Bergerak TH Komuniti iaitu satu lagi inisiatif terbaharu TH dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar atau jauh dari pejabat TH cawangan.
Jamil Khir berkata, inisiatif baharu ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan 'merakyatkan perkhidmatan' melalui program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC) iaitu perkhidmatan bergerak bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk penduduk luar bandar.
Sebanyak empat buah kenderaan disediakan untuk digunakan di Semenanjung, selain dua masing-masing di Sabah dan Sarawak, dan ia turut disokong oleh pemasangan Very Small Aperture Terminal (VSAT) bagi membolehkan orang ramai berurusan secara dalam talian dan real-time.
Sembilan perkhidmatan ditawarkan termasuk transaksi simpanan/pendaftaran ahli baru, transaksi pengeluaran, pendaftaran ahli Kelab TaHa, urusan berkaitan haji, gantian buku akaun simpanan, kemaskini maklumat pendeposit, pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa, permohonan pin mailer e-tHiJARI, dan permohonan penyata akaun.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dan Pengarah Tabung Haji Kedah, Muhamad Hamdan Omar.
Bernama
Sat Jul 16 2016
Kerajaan Arab Saudi ada kawasan sensitif yang perlu dijauhi jemaah. - Gambar fail
Tarif global pentadbiran Trump capai kemuncak menjelang penghujung 2025
Tarif global yang dikenakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung 2025, menurut ramalan firma Moody's Analytics.
Petronas antara 500 jenama paling berharga dunia
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus menunjukkan daya tahan dengan memperoleh tempat 160 daripada 500 jenama paling berharga dunia, kata firma penilaian jenama global, Brand Finance.
Firma tersebut melaporkan, nilai jenama minyak dan gas Malaysia dalam ranking global bagaimanapun menurun 1 peratus kepada 14.4 bilion dolar amerika
Firma tersebut melaporkan, nilai jenama minyak dan gas Malaysia dalam ranking global bagaimanapun menurun 1 peratus kepada 14.4 bilion dolar amerika
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.
BNM menjelaskan ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh.
BNM menjelaskan ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh.
Pelajar Orang Asli ke Busan kongsi kemahiran robotik
Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Gua Musang mencipta sejarah apabila tiga pelajarnya mewakili Malaysia untuk bertanding di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan.
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Lebih ramai rakyat Palestin ingin pulang susulan gencatan senjata Ahad lepas - Duta Palestin
Sebelum gencatan senjata itu, kira-kira 50 rakyat Palestin daripada keseluruhan 128 orang telah memohon untuk dihantar pulang.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.