SEPANG: Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan bakal jemaah haji supaya berwaspada dengan cuaca panas di Arab Saudi.
Pengarah Operasi Stesen Berlepas Sepang TH, Khairul Azihar Rapar berkata, suhu di negara berkenaan ketika ini mencecah 40 darjah Celsius dan boleh meningkat lebih tinggi.
"Kita (TH) selalu ingatkan jemaah haji supaya sentiasa waspada dengan keadaan cuaca panas untuk elak berlakunya strok haba.
"Kita sedia maklum di Malaysia pun ketika ini cuaca agak panas, jadi nasihat kita pada jemaah haji untuk jaga kesihatan dan ikut segala saranan yang telah dikeluarkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi pelepasan jemaah haji kumpulan ke-14 di Kompleks Tabung Haji Sepang pada Rabu.
Katanya lagi, setakat ini, seramai lebih 4,000 jemaah haji telah diterbangkan ke tanah suci bagi menunaikan ibadah berkenaan termasuk kumpulan yang bakal berlepas hari ini.
Beliau dalam masa sama turut mengingatkan kesemua jemaah haji agar membuat persediaan awal bagi mengelakkan berlakunya kelewatan pada saat akhir.
"Jadual penerbangan tahun ini jaraknya kurang dari satu jam jadi kita galakkan bakal-bakal haji untuk datang lebih awal.
"Kita akan proses lebih awal untuk elak kelewatan jadi apabila kita panggil (jemaah haji) harap mereka segerakan urusan," ujarnya lagi.
Bagi tahun ini, hari wuquf iaitu 9 Zulhijah dijangka jatuh pada Selasa iaitu 27 Jun ini.
Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei manakala penerbangan pulang terakhir ialah pada 1 Ogos depan.
Sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia yang membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini berbanding 48 pada 2022.
Hilmi Malik
Wed May 24 2023
Sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini berbanding 48 pada 2022. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Gencatan senjata: Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Lima rakyat Thailand yang menjadi tebusan Hamas akhirnya tiba dengan selamat di Bangkok pada Ahad setelah menjalani pemeriksaan perubatan selama 10 hari sejak pembebasan mereka.
Kebuluran di Gaza: Risiko masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Ancaman kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat sementara waktu berikutan peningkatan besar bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah itu semasa gencatan senjata.
Konflik Gaza: Pakistan, OIC kecam cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.
Qatar kecam kenyataan provokatif Netanyahu
Kementerian Luar Qatar mengecam kenyataan yang disifatkan sebagai provokatif oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung cadangan penubuhan negara Palestin di wilayah Arab Saudi.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Qatar menegaskan kenyataan tersebut merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Qatar menegaskan kenyataan tersebut merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Palestin perlu hidup aman dengan Israel – PBB
Satu-satunya penyelesaian kepada konflik Hamas dan Israel adalah dengan mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam hantaran di X, ini bagi memastikan rakyat Palestin mampu hidup berdampingan denga aman dan selamat bersama Israel.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam hantaran di X, ini bagi memastikan rakyat Palestin mampu hidup berdampingan denga aman dan selamat bersama Israel.
Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Fletcher turut menekankan keperluan mendesak bekalan makanan dan perubatan bagi wilayah yang didiami lebih 2 juta orang.
Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden AS sejak awal 2022.
Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan mereka disambut penuh emosi oleh ahli keluarga serta wakil kerajaan.
HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.
Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.
Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.
Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.
1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.
Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan
Laporan yang diterima mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah Haji bermula.